Memang seronok kalau dapat kerja atau terpilih untuk interview, tapi macam mana kalau ada lebih daripada 1 syarikat yang tawarkan korang job/interview? Tak boleh abaikan macam tu je kan, manalah tahu mungkin di masa depan korang akan apply kerja lagi sekali, kita tak tahu apa yang akan terjadi di masa depan? Jadi macam mana nak jaga hati pihak yang korang terpaksa tolak tawaran kerja atau interview tu? Perkongsian yang dikongsikan oleh Aizat Nizam tentang cara menjawab emel jemputan interview ini patut korang ikut. Punyalah sopan emelnya sampaikan HR syarikat tu call untuk ucapkan terima kasih.













