Trend Bunuh Diri Naik Mendadak
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Trend Bunuh Diri Naik Mendadak

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Dec 10, 2020
pada 4:34 PM

Kita telah berada dalam fasa ketiga perintak kawalan pergeraka bagi membendungan penularan co vid. Dari kes harian 3 angka, kita pernah berjaya mengurangnya sehingga 0. Namun semenjak September lalu, angka ini meningkat hingga ribuan kes untuk satu hari sehingga hari ini. 

Kesannya, semakin ramai yang telah kehilanggan punca pendapatan, tidak kurang juga mereka yang dipotong gaji dan manfaat-manfaat yang lain. Ramai yang terpaksa melakukan dua tiga kerja bagi menampung kos sara hidup mereka. Hal ini membimbangkan kerana ianya member kesan kepada kesihatan baik dari segi mental dan fizikal. 

Mengikut statistik, pada tahun ini sahaja peningkatan kes bunuh diri meningkat sebanyak 20% berbanding tahun lepas. Cuba bayangkan, tahun lepas ada 167 kes bunuh diri, tapi tahun ini kes bunuh diri sehingga 30 November 2020 adalah 226!

Menurut Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan dan Penyelamat JBPM, Dato’ Nor Hisham Mohammad, 226 kes yang dilaporkan kepada pihak bomba, 11 kes didapati meninggal dunia. 

Tambah beliau lagi, 55%-60% kes bunuh diri adalah dari jantina lelaki dan sekitar 40%-45% adalah dalam kalangan perempuan.

Sebagai masyarakat prihatin, kita kena sentiasa peka dengan orang sekeliling kita. Terus cakna dengan perubahan diri orang sekitar kita. Tambahan pula jika mereka sering mengadu didalam kesusahan dan tidak menemui jalan keluar. Hulurkan bantuan selagi termampu bagi membendung mangsa ini untuk melakukan perkara yang salah. Kita boleh bersama-sama mengubah kehidupan seseorang menjadi lebih bermakna.