5 Kerja Pelik Dengan Bayaran Tertinggi
# Pengetahuan Pekerja

5 Kerja Pelik Dengan Bayaran Tertinggi

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Dec 26, 2021
text.at 7:07 AM

Sepanjang korang hidup, pekerjaan pelik apa yang pernah korang dengar? Sebelum admin tulis artikel ni, admin taktahu pun yang kerja-kerja dibawah ini wujud, Yang lagi syok, ganjaran gaji diperolehi melebihi dari kerja profesional yang admin tahu sekarang. 

#1 Pembersih Tempat Kejadian Jenayah

Kalau korang pernah tengok cerita Sunshine Cleaning 2009, korang akan didedahkan dengan pengalaman pekerja profesional pembersihan tempat kejadian jenayah yang terlibat dalam kerja-kerja pembersihan hasil daripada jenayah pembunuhan, bunuh diri, kematian yang tidak diduga dan kemalangan.

Gaji anggaran sebulan bagi pekerjaan ini adalah RM15,000.

#2 Pengkaji Bau Ketiak Manusia

Pekerja ini ditugaskan untuk menjalankan ujikaji terhadap bau ketiak manusia. Mereka perlu mencatat data dari aroma keringat, kesan reaksi bahan kimia terhadap bau badan manusia dengan menghidu ketiak. Biasanya data digunakan untuk mengolah kandungan bahan kosmetik seperti deodoran.

Gaji Penguji Deodoran ini boleh mencecah RM16,000 sebulan

 

#3 Pengkaji Bau Kentut

Mungkin pekerjaan mencium ketiak dah rasa geli kan, bagaimana pulak dengan kerja pembau kentut? Ye, kerja ini wujud dan memerlukan orang yang pakar untuk mengendalikannya. Pekerjaan ini memerlukan kemahiran untuk menganalisa tahap kesihatan badan seseorang dan menyediakan terapi berdasarkan bau kentut mereka. 

Gaji Pembau kentut ini boleh mencecah RM13,000

 

#4 Penguji Makanan Haiwan

Pekerjaan ini biasanya bertujuan untuk menguji makanan haiwan peliharaan seperti anjing da kucing. Mereka perlu menguji rasa, tekstur dan aroma makan tersebut, tetapi tidaklah perlu menelannya.

Kerjaya ini boleh mendapat gaji sehingga RM13,000 sebulan

 

#5 Penonton Netflix (Tagger/Writer)

Seorang penonton Netflix yang profesional ditugaskan untuk membuat analisis kritikal mengenai rancangan program oleh Netflix. Sesiapa yang bekerja dalam bidang ni boleh bekerja dari rumah sahaja dan bekerja secara parttime. Gaji yang diterima mencecah RM23,500 sebulan.

BACA SINI untuk senarai kerja part time

Korang rasa nak cuba tak kalau diberi peluang untuk menceburi peluang pekerjaan diatas? -MJ