Ramai bakal siswazah pening nak pilih bidang pengajian apa untuk menjadikan sebagai peluang pekerjaan mereka pada tahun 2023 ni. Yelah, selepas pandemik kita dah terbiasa dengan gaya hidup baru. Soal pekerjaan pun ramai dah mula untuk memilih yang lebih sesuai mengikut keselesaan diri.
Bagi yang nak sambung belajar tak kira dalam peringkat sijil, diploma, ijazah, atau lain-lain, korang memang patut tahu bidang dan jurusan pekerjaan apa yang HOT dan mudah untuk mendapat peluang kerjaya selepas korang dah menamatkan pengajian korang nanti. Bukan itu saja, bidang-bidang ini juga dikategori sebagai pekerjaan gaji tinggi.
Walaupun korang perlu menapak dari bawah, tu semua akan menjadi perkara manis dalam korang mengejar impian korang. Bak kata pepatah 'bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Jadi banyak-banyak pekerjaan yang admin akan tunjukkan ni cuba korang tengok ada tak cita-cita korang terselit?












