Nak Beli Juadah Iftar Di Bazar Ramadan Nanti, Harap Korang Tak Terkena 5 Perkara Ni Tau!
# Trending Semasa

Nak Beli Juadah Iftar Di Bazar Ramadan Nanti, Harap Korang Tak Terkena 5 Perkara Ni Tau!

post by Izuan

by Izuan

Jun 5, 2016
pada 2:40 AM

Hari first puasa mesti korang excited kan? Lepas berbulan-bulan tunggu akhirnya dapat juga menyambut kedatangan ramadan. Mesti ramai dah buka kalendar kira berapa hari lagi nak rayakan? Hehe.. Yang dah beli tiket balik kampung pun...rilek dulu baru first day puasa. Tapi yang paling excited ni nak pergi bazar ramadan.

Bayangkan bazar yang dipenuhi dengan makanan bau ayam percik, roti john, rendang dengan lemang pun ada, kuih-muih segala jenis air yang memang menguji iman betul. First day puasa imagine mesti crowded betul bazar ramadan tu. Excited eksited juga tapi ada beberapa perkara yang korang kena ingat sebelum membeli supaya tak jadi 'mangsa' si penjual. Kepada pembeli pun, kalau boleh janganlah buat perkara ni. Nak tau apa dia, meh sini kami kongsikan:

1. Perhatikan dulu makanan dan bau dia

Gambar sekadar hiasan.

Tip ini amat penting supaya anda tak terbeli makanan yang dah rosak. Kadang-kadang penjual dah start memasak seawal pagi lagi (especially lauk-pauk) dan ini boleh membuatkan makanan yang tidak tahan lama rosak dan tak boleh dimakan lagi.

Tengok betul-betul jika warna dan tekstur makanan itu berubah atau tidak. Ada sesetengah gerai menutup lauk-pauk agar tak terjejas tapi cara ni juga boleh menyebabkan makanan rosak. 

2. Penggemar murtabak sekalian, pastikan telur dibasuh

Gambar sekadar hiasan.

Haa ini satu lagi tip yang paling penting. Korang yang big fan of murtabak tu pastikan penjual tu basuh dulu telur-telur yang digunakan. Jangan pakai beli je sebab nampak sedap tapi kebersihan tak diutamakan. Benda ni nampak macam remeh tapi bayangkan kalau penjual tu pegang telur yang tak dibasuh lagi lepastu tebar tebar pula murtabak tu lepastu korang pun beli. Bahaya tau untuk kesihatan. Kalau sakit bulan puasa ini azab dia lagi teruk daripada hari biasa iyelah tak boleh makan ubat apa, jadi cuba elakkan ye.

3. Nampak sedap je air warna-warna ni

Gambar sekadar hiasan

Bila time puasa ni dahaga dia tu yang lebih kan? So bila nampak air warna-warni tu terus rasa macam nak beli semua, tambah-tambah lagi bila ais melampau banyak. Tapi koraang kena berjaga-jaga sikit ada penjual yang guna air yang tak ditapis dalam kes ni air paip untuk bancuh semua air tu.

Memang nampak tempting tapi kesihatan dan kebersihan perlu diutamakan dulu. Kalau sakit tekak tak ke susah? Bukan? So, untuk pilihan selamat pilihlah air buah yang 100% tidak menggunakan air. Sedap pun sedap, sihat pulak tu. 

4. Nak jimat lebih? Datang bazar lambat sikit

Sekadar hiasan

Selalunya "peak hour" untuk orang datang bazar ni seawal pukul 5 sebab habis kerja terus rush ke bazar nak beli makanan. Tapi tau tak kalau korang datang lambat sikit, dalam 30 minit lagi untuk waktu berbuka korang ada chance untuk dapat makanan extra.

Semua penjual nak rush balik untuk berbuka kan jadi semua barang jualan dia mestilah nak dihabiskan dengan cepat. Waktu ni lah paling best untuk korang survey makan tanpa perlu besesak plus dapat makanan extra pulak tu. Tapi tengok juga keadaan kalau semua kedai dah licin balik tangan kosong je lah. 

5. Karipap oksigen

Gambar hiasan

Ni yang paling ramai terkena ni kalau beli kuih-muih yang berinti. Luar nampak besar sedap je, bila gigit hmm inti dia adalah besar duit syiling 20 sen tu. Rasa perit sebab kena game memang sakit. Jadi kalau korang nak elakkan terkena banyak kali apa yang boleh buat?

Beli dalam kuantiti yang sikit dan balik rumah try dulu. Kalau rasa kena game, jangan beli dekat tempat yang sama lagi. Jangan lah pulak korang pergi cucuk-cucuk karipap tu nak check inti dia mau kena marah dengan makcik jual karipap tu. 

Bulan puasa ni banyakkan bersabar dan jangan ikut nafsu perut sangat. Sekali pergi bazar balik bawak berpuluh-puluh plastik, tapi yang makan nya 1-2 je. Tak ke dah membazair dekat situ. Chill dulu, puasa sebulan bukannya sehari kan?

Make sure korang utamakan dulu kebersihan, jangan terpedaya dengan rupa makanan tu tapi sebenarnya dah rosak. Jadi selamat berpuasa dan siap sedia nak rempuh orang dekat bazar nanti ye. Selamat menyambut bulan puasa!