Auto-Pilot Tesla ‘Give Up’ Dan Minta Pemandu Kawal Semula Kereta
# Trending Semasa

Auto-Pilot Tesla ‘Give Up’ Dan Minta Pemandu Kawal Semula Kereta

post by Budak Bijok

by Budak Bijok

Apr 3, 2021
pada 12:54 AM

Auto-Pilot Tesla ‘Give Up’ Dan Minta Pemandu Kawal Semula Kereta | Auto pilot ini mungkin tidak pernah lalu jalan Federal kalau tak mesti dah biasa jalan jem.

Sebut sahaja nama Tesla, automatik semua orang terbayang teknologi-teknologi canggih yang ada pada kereta-kereta tersebut. Salah satu teknologi canggih yang membuatkan orang ramai teruja ialah fungsi pemanduan sendiri atau auto-pilot.

Teknologi tersebut dipasang pada kereta-kereta tersebut bagi ‘mengambil alih’ tugas pemandu untuk mengawal kereta semasa pemanduan. Namun perkara sebaliknya berlaku di Vietnam semasa fungsi auto-pilot diaktifkan.

 

Seorang pengguna Twitter telah berkongsi sebuah video menunjukkan sistem auto-pilot gagal berfungsi semasa menempuh kesesakan lalu-lintas di Vietnam. Lebih mencuit hati lagi, sistem tersebut seperti ‘give-up’ dan minta pemandu mengambil alih semula kawalan kereta.

Video tersebut telah mendapat ribuan reaksi daripada pelbagai pengguna Twitter di seluruh dunia. Rata-rata ramai geli hati dan mahu pihak Tesla membuat pandu uji di beberapa buah negara Asia yang lain seperti India, Indonesia dan Malaysia.

 

 

 

 

Untuk makluman semua, fungsi auto-pilot yang ada pada kereta Tesla bukanlah sistem pemanduan sendiri sepenuhnya. Ia tidak direka untuk semua jenis keadaan pemanduan.

Terdapat sejumlah besar situasi yang tidak dirancang gagal diatasi oleh sistem auto-pilot. Jadi pemandu sentiasa perlu peka dalam apa jua situasi semasa mengaktifkan fungsi ini.

Untuk anda yang follow blog Maukerja jangan terima kasih dan jangan lupa teruskan mendapatkan info-info menarik. Malah untuk anda belum follow sila singgah tau dan korang yang tengah mencari kerja kosong boleh lawat di portal Maukerja. Pelbagai jenis pekerjaan yang kami update di sana. Jom join group telegram kami untuk dapat terus update ke phone anda.