Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan terhadap peniaga yang secara terang-terangan menjual mercun dan bunga api di bazar selain secara atas talian. Ini kerana pihak berkuasa itu tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang didapati menjual mercun dan bunga api secara terbuka sepanjang bulan Ramadan ini.
