Awas Jangan Jual Atau Main Mercun Dan Bunga Api Jika Tidak Mahu Kena Penjara
# Others

Awas Jangan Jual Atau Main Mercun Dan Bunga Api Jika Tidak Mahu Kena Penjara

post by Zaki

by Zaki

Apr 25, 2021
pada 2:21 AM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan terhadap peniaga yang secara terang-terangan menjual mercun dan bunga api di bazar selain secara atas talian. Ini kerana pihak berkuasa itu tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang didapati menjual mercun dan bunga api secara terbuka sepanjang bulan Ramadan ini. 

Penjualan bahan berkenaan secara dalam talian tidak dibenarkan dan menjadi satu kesalahan jika melanggar syarat serta peraturan yang ditetapkan. Larangan bermain mercun telah diputuskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 15 Februari 1995 dan larangan bermain bunga api pada 15 Mac 1995.

Mereka yang didapati menjual mercun dan bunga api akan diambil tindakan kerana ia adalah suatu kesalahan yang boleh diambil tindakan di bawah Akta Letupan 1957 (Akta 207) dan Akta Kesalahan Kecil 1955. Sekiranya kegiatan ini masih berterusan, PDRM akan mengambil tindakan tegas di bawah Seksyen 8, Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207) yang boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Pihak yang mengilang, memiliki atau mengimport mercun dan bunga api tanpa permit, boleh didakwa mengikut Seksyen 4(2) Akta Bahan Letupan 1957 membawa hukuman penjara lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

Perlu diingat dan ditegaskan, mereka yang bermain dan membakar mercun serta bunga api boleh dihukum penjara tidak melebihi satu bulan atau denda sehingga RM100 atau kedua-duanya mengikut Seksyen 3(5) Akta Kesalahan Kecil 1955. Walaupun pengimport yang ingin membawa masuk bunga api perlu mendapatkan permit khas daripada pihak polis, saya difahamkan ada di antara mereka turut membawa masuk bunga api dan mercun yang diharamkan.

Difahamkan berniaga mercun dan Bungan api semasa musim perayaan ini adalah antara perniagaan yang menguntungkan dan peniaga boleh mengaut keuntungan melebihi 200 peratus akibat permintaan tinggi terhadap mercun dan bunga api.  Malah kini peniaga turut menjual barangan tersebut secara terbuka tepi jalan selain melalui atas talian. Difahamkan walaupun operasi penguatkuasaan dilakukan namun peniaga nekad menjualnya