Tak Ikhlas Menjual. Peniaga Bazar Ramadan Di Ipoh Di Kecam Netizen
# Others

Tak Ikhlas Menjual. Peniaga Bazar Ramadan Di Ipoh Di Kecam Netizen

post by Zaki

by Zaki

Apr 26, 2021
pada 11:52 PM

Isu peniaga bazar Ramadan yang dikatakan berniaga secara tidak ikhlas apabila menjual barang-barang makanan jenis indah khabar dari rupa bukanlah perkara baru. Boleh dikatakan pada setiap kali Ramadan ada saja aduan atau rungutan pembeli kerana menjadi mangsa peniaga tidak ikhlas seperti ini. Misalnya karipap gas, murtabak bawang, roti john daging ayam tapi banyak telur dan ayam percik kuah celup antara nama-nama yang diberikan pelanggan kerana mengajuk tindakan para peniaga ini.

Kali ini, warga maya di Ipoh, Perak misalnya merugut dengan perbuatan seorang peniaga yang menjual kuih ondeh-ondeh buah Melaka tetapi inti pemanisnya menggunakan gula pasir atau gula putih. Memang tidak pernah dibuat orang berniaga menjual kuih ondeh-ondeh sedemikian. Tidak namanya buah Melaka jika tidak menggunakan gula Melaka, gula merah atau gula kabong. Berikut adalah komen pengadu dalam sebuah laman Facebook yang menggunakan nama Ning Ibrahim.

 

Ning Ibrahim

Kepada penjual kuih buah melaka di pasar ramadan pengkalan station 18 harap besok jgn lah buat kueh buah melaka bubuh gula putih lagi..bukan satu biji kesemua yg dlm plastik tu intinya gula putih..sepatutnya buah melaka intinya gula melaka atau gula kabung.. Klu anda yg makan apa anda rasa..sedap?!

Berniagalah dgn jujur dan ikhlas.. Razeki lebih berkat.

Seorang lagi mangsa pula merungut kerana anaknya membeli nasi tomato yang sebenarnya berisi ayam goreng yang disalut dengan sambal masak merah. Sebagai hiasan pula hanya diletakkan sehiris timun dan sehelai kecil daun salad. Nasinya pula sedikit dan hanya sekadar boleh dimakan beberapa suap sahaja. Umpama menjual untuk kau untung pergi haji balik balik hari. Berikut adalah komen pengadu yang menggunakan nama Shafiqa Shaz;

 

Shafiqa Shaz

smlm sy kna..nasi tomato..ank darjah 5 g bli..blik bukak cm gini nasi tomatonya?tmn temara st18..bukan aym masak merah..ayam goreng kejung..depan tepek smbal..bila selak ayam..ha gitu le rupanya.nasi cipot lk tu..leh agak makan bape suap je tu..kejap tu sy pulangkn blik..sy x amik duit pon.dah le baru blik dr dialisis..penat..last mkn magi..tp x sakit hati...puashati sy dpt luahkan kt owner..tngok komen sy hantar balik sy tulis apa

 

Seorang lagi warga maya pula meninggalkan komen pada ruangan dengan kata-kata seperti berikut;

Napela ramai peniaga di Ipoh x berniaga dgn ikhlas…tmbah2 bln Ramadan..byk yg sy baca komen negative..mmg x takut dosa betul la… org nega bln Ramadan nil ah kena ikhlaskan hati, masak betul2..kata2 pembeli pun…doa ….bertaubat la sblm terlambat. Kesian pembeli.