Kakitangan Kerajaan Syukur Terima Bantuan Khas Aidilfitri RM500 Hingga RM1,000
# Others

Kakitangan Kerajaan Syukur Terima Bantuan Khas Aidilfitri RM500 Hingga RM1,000

post by Zaki

by Zaki

Apr 28, 2021
pada 6:52 AM

Kurang lagi dua minggu menjelang Aidilfitri, telah terpancar sinar kegirangan pada penjawat awam di beberapa negeri apabila diumumkan menerima sumbangan raya atau Bantuan Khas Kewangan (BKK) sempena Hari Raya Aidilfitri. Selangor misalnya telah mengumumkan pemberian sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam di negeri itu. Bayaran itu melibatkan perutukan kewangan sebanyak RM22.67 juta dan akan dibayar pada 19 Mei depan. Pada bulan ini penjawat awam akan menerima gaji lebih awal pada 5 atau 6 Mei nanti.

Kerajaan Selangor turut bersetuju pemberian BBK kepada semua anggota perkhidmatan kerajaan negeri termasuk Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Speaker, Timbalan Speaker, Ahli Dewan Undangan Negeri, pengurusan tertinggi dan anggota perkhidmatan kerajaan negeri yang gajinya dibayar oleh Kerajaan Persekutuan.

Pemimpin masyarakat iaitu Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Pegawai Perhubungan Kampung Baru/Bagan/Tersusun, Ketua Komuniti India dan Penyelia Wanita Berdaya turut menerima bantuan RM1,000. Manakala RM500 pula diberikan kepada Penggerak Belia Selangor (PeBS). Turut mendapat durian runtuh RM500 ini ialah Setiausaha MPKK dan petugas masjid iaitu Nazir, Imam, Siak dan Bilal.

Kerajaan negeri Perak pula mengumumkan pemberian bonus Aidilfitri secara one-off sebanyak RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri ini. Bantuan itu akan dibayar pada 20 Mei ini iaitu selepas Aidilfitri. Ini kerana pemberian bonus raya tidak dibuat sebelum Aidilfitri setelah mengambil kira gaji bulan April dan Mei yang diterima penjawat awam sebelum hari raya.

Bagaimana pun di Melaka, kedudukan kewangan negeri yang menyusut menyebabkan kerajaan negeri menangguhkan pembayaran bantuan khas kewangan kepada penjawat awam serta pesara kerajaan di negeri itu sempena Aidilfitri, tahun ini. Berkata faktor penularan wabak COVID-19 yang menghalang kemasukan pelaburan asing ke negeri itu turut mempengaruhi keputusan kerajaan negeri itu.

Sebelumnya, kerajaan Persekutuan mengumumkan pemberian BKK Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah, serta RM250 kepada pesara kerajaan. Pemberian itu akan turut membabitkan kakitangan lantikan kontrak, kontrak untuk perkhidmatan, pegawai sambilan harian (PSH) serta lantikan di bawah MySTEP dan RM250 kepada Pesara Kerajaan.

Bantuan khas itu yang bakal memanfaatkan lebih dua juta penjawat awam dan pesara, akan dibayar bersama dengan pembayaran gaji Mei, iaitu pada 6 Mei depan.