8 Resepi Kuih Raya Tanpa Oven, Mudah Dan Jimat!
# Gaya Hidup

8 Resepi Kuih Raya Tanpa Oven, Mudah Dan Jimat!

post by Maukerja Team

by Maukerja Team

May 8, 2021
pada 11:23 AM

Walaupun kita takboleh balik kampung untuk beraya, tapi kuih raya tetap kena onz tau. Kalau korang tak sempat nak tempah atau pun dekat rumah takde oven nak buat kuih raya, jangan risau. Min ada 8 resepi kuih raya yang korang boleh buat tanpa guna oven pun hasil perkongsian oleh di FB dan juga Adik Danish Harraz. 8 Resepi Kuih Raya Tanpa Oven, Mudah Dan Jimat!

Kredit gambar: Danish Harraz

Paling best, takguna lebih dari 4 bahan. Yang guna 2 bahan je pun ada! Jom kita start!

 

Almond Chocolate Cluster (2 Bahan)

Bahan-bahan: Almond 500 gram, Dark Chocolate Compound 550 gram

Cara-cara: 

Panggang badam pada suhu 160 degree selama 8 minit sehingga garing. 

Cairkan coklat menggunakan teknik ‘double-boiled’

Dah cair, masukkan badam ke dalam coklat cair dah gaulkan sehingga rata.

Ambil tray dan scoop kan di atas baking tray. Simpan dalam peti sejuk sehingga ia mengeras. Lepastu bolehlah simpan dalam balang!

 

Popia simpul/ popia gulung/ mini popia

Takkisahlah apa korang panggil, rasa lepas kurang tapi teknik buat berbeza sikit.

Bahan-bahan: serunding (guna je serunding daging/ ayam/ ikan atau ikan bilis pun boleh), kulit popia

Cara-cara:

Potong kulit popia kepada 9 bahagian dalam bentuk petak.

Bagi teknik gulung, korang boleh gulung macam biasa dan jangan lupa kemaskan menggunakan air dihujung kulit popia. Kalau nak simpul, simpul dan ikat dengan kemas. 

Dah settle? Masuk kuali dan goreng sehingga keperangan! Asyiap.

 

Cornflakes Chocolate Peanut Butter

Bahan-bahan: Cornflakes 150 gram, Dark Chocolate Compound 350 gram, 125 gram Peanut Butter (guna yang smooth tau)

Cara-cara:

Cairkan coklat menggunakan teknik double-boiled dan masukkan peanut butter kedalam bahan tersebut. Sebatikan.

Masukkan cornflakes ke dalam adunan dan gaulkan sehingga rata.

Ambil tray dan scoop kan di atas baking tray. Simpan dalam peti sejuk sehingga ia mengeras. Lepastu bolehlah simpan dalam balang!

 

Cornflakes Madu (4 bahan)

Bahan-bahan: Cornflakes 500 gram, salted butter 125 gram, ½ cawan brown sugar, 1 cawan madu, paper cup kecil

Cara-cara:

Cairkan butter, brown sugar dan madu dalam kuali

Masukkan cornflakes dan gaul sehingga rata

Sudukan bahan kedalam paper cup kecil.

Optional: kalau ada oven, korang boleh bakar didalam oven selama 8 minit pada suhu 170 degree untuk mendapatkan tekstur yang sangat crunchy. Kalau takde pun takpe

 

Popia Horlicks

Bahan-bahan: Kulit Popia 50 keping, 1 cawan nestum, ½ cawan gula halus, ⅓ cawan horlicks

Cara-cara:

Gulung kulit popia dan potong mengikut bentuk dan saiz yang korang inginkan kemudian goreng menggunkan minyak yang panas sehingga sedikit perang. Jangan sampai hangus tau!

Blend nestum dan gula hingga halus.

Gaulkan bahan yang di blend bersama horlick sehingga sebati

Masukkan popia yang telah digoreng (pastikan dah sejuk tau), bersama bahan yang tadi. Dah siap!

 

Biskut Viral Tanpa Oven

Bahan-bahan: ½ cawan marjerin, ½ cawan susu pekat, 1 sudu kecil esen vanila, tepung jagung

Cara-cara:

Cairkan marjerin dan biarkan sejuk.

Dahs sejuk masukkan susu pekat menjadi adunan.

Gaulkan tepung jagung bersama sehingga menjadi doh dan masukkan esen vanila

Boleh hiaskan dengan coklat chip jika ada.

Buat bentuk dan susun di atas tudung periuk atau mana-mana bekas yang boleh letak atas api dapur.

Bakar atas api dapur selama 20 minit. 

 

Kek batik

Bahan-bahan: Biskut Marie 1 peket, 7 susu besar milo, 150 gram butter, setengah tin susu pekat

Cara-cara:

Cairkan butter, milo dan susu pekat didalam kuali

Patahkan biskut marie dan gaulkan bersama adunan di dalam kuali

Masukkan ke dalam bekas dan mampaykan sehingga menjadi kek

Masukkan ke dalam peti sejuk tunggu sehingga keras. Dah keras bolehlah potong!

 

Cheesekut Nestum

Bahan-bahan: 250 gram cream cheese, ½ tin susu pekat, 3 sudu susu segar,sepeket cream crackers, susu segar, nestum

Cara-cara: 

Blend cream cheese bersama susu pekat dan 3 sudu susu segar.

Ambil bekas untuk susun biskut dan mula celup biskut kedalam susu segar dan atur selapis selapis sebelum dilayer dengan bahan blend.

Setiap lapis taburkan dengan nestum sehingga bahan habis.

Simpan dalam peti sejuk selama 2 jam kemudian bolehlah dipotong

 

Sumber: Danish Harraz, FB

Diolah oleh: Khai HB

NAK DAPATKAN SENARAI KERJA TERKINI DI TEMPAT KORANG?

JOM JOIN GROUP TELEGRAM KAMI