Viral Masak Lemang Dalam Tin, Ini Respon Food Safety Malaysia Kenapa Ia Tak Selamat!
# Gaya Hidup

Viral Masak Lemang Dalam Tin, Ini Respon Food Safety Malaysia Kenapa Ia Tak Selamat!

post by Maukerja Team

by Maukerja Team

May 17, 2021
pada 12:12 PM

Seperti yang kita semua tahu, lemang kebiasaannya di masak menggunakan buluh setiap kali menjelang musim perayaan hari raya. Namun dalam keadaan kita sekarang ni, nak balik beraya di kampung pun takboleh, agak mustahil untuk membuatnya terutama sekali bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar. Viral Masak Lemang Dalam Tin, Ini Respon Food Safety Malaysia Kenapa Ia Tak Selamat!

 

Persoalannya, adakah selamat masak lemang menggunakan tin minuman? 

Bagi menjawab persoalan ini, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah tampil berkongsi penjelasan menerusi akaun Facebook Rasmi milik KKM sendiri. Ini penjelasannya:

''Baru je masuk bulan puasa tapi ramai dah tak sabar nak makan lemang. Beberapa hari lepas, ada ternampak orang kongsi mengenai cara masak lemang dalam tin minuman.

Tin memang digunakan secara meluas sebagai salah satu teknik pembungkusan makanan/minuman yang selamat tetapi Tin tersebut tidak dibuat untuk digunakan semula sebagai bekas memasak.

Kau orang tahu tak sebenarnya masak lemang dalam tin minuman adalah TIDAK SELAMAT!

Kalau masakan tak jadi, boleh post dalam group Facebook tapi kalau masakan TAK SELAMAT, boleh membahayakan Kesihatan!

Jadi dalam keseronokan kita memasak, sentiasa pentingkan KESELAMATAN MAKANAN!
KESELAMATAN MAKANAN ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA!'' - 

Viral Masak Lemak Dalam Tin, Ini Respon Food Safety Malaysia Kenapa Ia Tak Selamat!

Kredit: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Viral Masak Lemang Dalam Tin, Ini Respon Food Safety Malaysia Kenapa Ia Tak Selamat!

Tengok tu pihak Food Safety Malaysia telah membuat penjelasan dan dikongsikan semula oleh pihak KKM. Jadi korang kat luar sana jangan nak buat lemang dalam tin minuman lagi. Mungkin boleh tukar bekas tersebut dengan bahan yang lebih selamat seperti loyang biasa digunakan untuk membakar kek atau kuih dan sebagainya. Selamat hari raya!

Diolah oleh: Khai HB

NAK DAPATKAN JAWATAN KOSONG TERKINI DI LOKASI KORANG?

JOIN JE GROUP TELEGRAM KAMI. TIAP HARI UPDATE!