Makan nasi dengan garam, akibat kesempitan hidup.


by Maukerja Team
Makan nasi dengan garam, akibat kesempitan hidup.
Viral baru baru ini di twitter, sukarelawan @MyFundAction memuat naik video pendek berkenaan seorang wanita yang telah berusia, masih lagi bekerja sebagai mencuci rumah dengan upah yang kecil. Pemilik twitter, @aisyahshahid dalam kunjungannya untuk memberikan bantuan berkongsikan video berdurasi pendek, mengisahkan wanita tersebut hanya dibayar RM10 untuk mencuci dua rumah.
Sementara mereka mengangkat barang bantuan untuk diberikan kepada wanita tersebut, sempat mereka bersembang, wanita itu menjelaskan dia bekerja menggunakan basikal dan dibayar RM10 untuk dua buah rumah. Sedikit mengejutkan kerana upah itu adalah terlalu sedikit untuk dua buah rumah. Lebih menyedihkan apabila wanita tersebut berkongsikan apa yang beliau makan, hanyalah nasi bercampur garam hanya untuk buat perasa. Jangan kata ayam ikan, telur pun tiada. Hanyalah nasi putih dan garam. Allah…
Sedang kita masih lagi mampu membeli makanan, masih ada lagi yang kesusahan seperti ini. Dalam usia yang sudah boleh kata sudah “senja”, beliau masih lagi terpaksa bekerja. Bukan lah untuk menjadi kaya, cukup untuk dapat makan nasi sehari dua. Kita perlu sedar, zaman sekarang adalah zaman yang paling mencabar bagi semua orang. Tidak kira lah yang muda atau pun yang berusia. Sama sama kita memberi bantuan kepada yang memerlukan sekiranya kita berkemampuan.
COO @MyFundAction berkata lagi, beliau tidak mempunya nombor akaun wanita tersebut, namun mereka akan cuba untuk memberikan bantuan yang terbaik kepada wanita ini. Terima kasih dari kami rakyat Malaysia!
Memetik ruangan di “reply”, ada yang berkata wanita ini adalah jiran beliau dan keluarga beliau juga ada memberikan sumbangan kepada wanita ini. Bersyukur kita masih ada lagi jiran yang prihatin seperti ini. Diharapkan sebagai jiran kita mampu melihat rakan rakan kita yang sedang kesusahan. Dan lain lain reply, rata rata rakyat Malaysia sangat prihatin dan bertanyakan tentang nombor akaun dan nombor telefon. Namun ini tidak dapat diberikan atas dasar privasi dan sebagainya.
Penutup bagi kisah ini, min harap kita semua sentiasa peka dengan keadaan sekelililing kita. Sekiranya kita lihat ada yang memerlukan bantuan, bantulah. Jika tidak berkemampuan, boleh hubungi NGO yang boleh memberikan bantuan. Terimakasih semua!
Sumber