5 Kerja Paling Stress 2021
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

5 Kerja Paling Stress 2021

post by Maukerja Team

by Maukerja Team

Aug 10, 2021
pada 8:21 AM

5 Kerja Paling Stress 2021

1. Frontliners

Siapa je tak tahu pekerjaan paling stress tahun ni adalah frontliners. Siang malam bekerja menjaga pesakit. Dengan keadaan kes kini mencecah 20K sehari! Mana boleh mereka tak stress! Ruangan sosial media penuh dengan keluhan mereka! Apa apa pun, respect!

2. Anggota tentera 

Diseblaik perlunya mempertahankan negara, di musim pandemik ini juga mereka bertindak sebagai frontliners! Siang malam berjaga di lebuh raya, jalan jalan kampung dan sebagainya. so bagi min, dorang pun boleh tahan stress. mana taknya, berjumpa dengan keluarga pun jarang jarang...

3. Anggota Polis

 

Sama juga situasi polis dengan doktor dan askar. Berjaga siang malam di sekatan jalan raya. Melayan karenah netizen lagi. Bukan mudah ya bagi top 3 ni!

4. Peniaga

Memang ramai kata, berniaga ni cepat kaya. Sebenarnya itu yang korang nampak. Yang korang tak nampak? Zaman sekarang peniaga kecil mahupun besar semua mengalami kerugian. Paling terkesan kepada peniaga kecil yang hilang punca pendapatan ketika ini...

5. Wartawan akhbar

Wartawan ni memang stress juga. mana taknya, wartawan perlu pantas. perlu peka. apa apa yang berlaku di negara kita, mereka akan sampai dahulu untuk menyampaikan berita terkini. selain daripada itu perlu berhadapan camera lagi. mana boleh "eh kejap ya, tak sedia lagi"... semua nya dilakukan dengan pantas kerana dunia kewartawanan adalah siapa cepat dia dapat. 

 

kalau pekerjaan korang tak tersenarai dalam ni, bukan lah nak kata kerja korang tak stress. semua orang stress. tapi ni antara paling stress tahun 2021 ni okay!