Data Kami Membuktikan Bahawa Wanita Lebih Berpendidikan Tinggi, Tapi Gaji Lelaki Lebih Banyak!
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Data Kami Membuktikan Bahawa Wanita Lebih Berpendidikan Tinggi, Tapi Gaji Lelaki Lebih Banyak!

post by Izuan

by Izuan

Jun 9, 2016
pada 2:36 AM

Selalu dengar tak ayat ni "perempuan belajar tinggi-tinggi pun nanti masuk dapur juga" adakah kesahihan yang dikatakan itu tepat? Mengikut kaji selidik yang kami lakukan ia seolah-olah benar. Niat kami bukanlah mahu merendahkan martabat wanita tapi apa yang kami ingin cuba nyatakan ialah adakah berpendidikan tinggi masih relevan untuk mendapatkan pekerjaan?

Ini terbukti apabila lelaki yang tak ramai berpendidikan tinggi meraih gaji lebih tinggi berbanding wanita yang berpendidikan tinggi. Untuk maklumat lanjut anda boleh lihat sendiri graf hasil daripada kaji selidik yang kami perolehi melalui Laporan Gaji yang diisi oleh pembaca kami di bawah ini.

Pendidikan

Seperti yang anda dapat lihat menerusi gambar diatas kaum wanita telah mendominasi pendidikan di Malaysia. Tidak kira dari peringkat sekolah mahupun institut-institut tinggi yang ada. Maknanya, apa jua bidang yang disediakan di IPTA nampaknya pelajar wanita lebih menyerlah,walaupun dalam jurusan 'lasak' seperti automotif. 

Hal ini memang kita semua sedia maklum bahawa pendidikan wanita lebih tinggi daripada lelaki , walaupun isu ini telah disuarakan sejak dari tahun 2008 lagi, bukti gamabr yang kami paparkan diatas menunjukkan bahawa nisbah pelajar lelaki di IPT masih lagi belum dapat menandingi pelajar wanita, walaupun pelbagai inisiatif telah dijalankan

Jadi, kami berani katakan bahawa kadar pengangguran yang semakin tinggi sekarang kebanyakkannya adalah kaum wanita. Namun begitu, bagi yang sudah mendapatkan pekerjaan adakah gaji mereka setimpal dengan pendidikan yang mereka peroleh? Tidak!

Gaji Lelaki Lebih Tinggi Daripada Wanita

Ini kerana berdasarkan bukti keputusan yang kami peroleh, pekerja lelaki dibayar lebih tinggi berbanding wanita. Walaubagaimanapun,  secara purata kaum wanita yang berpelajaran tinggi dan sudah mendapat pekerjaan masih belum mampu menandingi pekerja lelaki yang kurang berpelajaran tinggi. Baru-baru ini, Jabatan Perangkaan Malaysia sendiri membuktikan bahawa purata gaji dan upah bulanan pekerja lelaki adalah RM2,345, lebih tinggi berbanding pekerja perempuan iaitu RM2,254. 

Jadi, adakah anda rasa pendidikan tinggi sekarang memainkan peranan penting untuk mendapatkan kerjaya dan pekerjaan? Gaji bulanan sekarang setimpal tak dengan kerja yang anda lakukan? Anda boleh mengetahui laporan tersebut disini.