Rasa Bosan Memanjang Dekat Office? Kembalikan Mood Korang Dengan 4 Cara Ini
# Pengetahuan Pekerja

Rasa Bosan Memanjang Dekat Office? Kembalikan Mood Korang Dengan 4 Cara Ini

post by Aisya

by Aisya

Jun 9, 2016
pada 2:50 AM

Selangkah je sampai office terus rasa suram mood berubah dan dah berkira-kira bila lah nak hari Jumaat. Pernah kan rasa macam ni? Lepastu nak tunggu mood balik lepas lunch hour lah sebab dah dapat makan. Haha.. betul sangat kan? Tau tak ada cara best dan senang sebenarnya nak kekalkan mood ceria memanjang je dalam office. 4 cara untuk bagi mood korang up sikit memandang harini hari Jumaat dah. Nah baca:

1. Letakkan satu pasu kecil tumbuhan hijau atas meja 

Warna hijau ni boleh merangsangkan perkembangan otak dan mendamaikan mood korang. Sebab tu kalau boleh pagi-pagi, pandang apa-apa objek yang berwarna hijau untuk bagi korang rasa relaks dan nyaman. Tempat kerja yang kosong dan penuh dengan meja je memang tak akan menyamankan mood korang jadi apa yang boleh korang buat adalah letak la satu pasu kecil tumbuhan dedaun hijau atas meja.

Pilih lah apa-apa tumbuhan seperti kaktus untuk senang nak jaga ataupun tumbuhan mini. Ini bukan je boleh rehatkan mata, tapi juga akan membekalkan oksigen jadi otak tu akan kekal berfungsi tanpa rasa penat. Bila kerja dah makin bertambah korang ambil lah masa sikit untuk rehatkan mata dengan pandang pokok hijau tu. Pasti akan segar balik.

2. Warna-warnikan meja korang

Salah satu cara lagi adalah dengan hias tempat kerja korang tu dengan warna-warna yang ceria. Cara paling senang adalah guna je Post-it Notes dan tampal sekeliling meja. Jadi tak adalah suram je meja korang kan. Gunakan post-it notes tu untuk tuliskan info-info penting macam kerja yang perlu dihantar harini ke apa, jadi boleh la juga alihkan perhatian korang daripada kerja yang banyak tu.

Korang juga boleh tulis kata-kata motivasi untuk tingkatkan semangat atas kertas berwarna-warni. Biasakan diri untuk baca dulu kata-kata motivasi tu sebelum mulakan kerja. Penat drive ke office tu secara tak langsung hilang lah sikit dan sediakan diri korang untuk mulakan kerja. 

3. Pamerkan gambar orang tersayang

Tenung gambar orang tersayang ni bagi perasaan lain macam sikit. Terus rasa bersemangat nak buat kerja, kalau bos marah pun senyum je sebab teringat orang tersayang. Jadi apa kata daripada korang dok teringat tu, letak je dalam bingkai cantik-cantik pamerkan atas meja. Ha.. tak payah susah-susah nak tunggu waktu break baru boleh bukak balik gambar dalam phone. 

Kalau stress, tengok je lah gambar tu biar korang ingat balik tujuan korang kerja  ni untuk kesenangan orang lain. Secara tak langsung mood akan ceria dan mengubah mood. Selain tu, senang lah teringat nak call diorang bila rasa free sikit. Kan?

4. Jangan selerakkan meja please

Meja tu kalau boleh biar berselerak macam sarang tikus tak berkemas-kemas langsung. Rasanya kalau anak kucing mati pun tak boleh nak cari. Haihh.. jangan lah malas macam tu. Sampai-sampai office je terpandang meja yang berselerak hilang terus mood sehari. Mana best kerja dekat tempat macam tu. Kalau korang nak tahu meja korang berselerak ke tak, satu je cara paling senang, tunggu bos korang minta file yang 2-3 minggu lepas. Haa.. kalau tercari-cari tu maknanya sistem penyusunan korang tu fail lah. 

Jangan cakap mood korang je tak boleh, colleagues lain yang duduk tepi-tepi pun rasa tak best. Rasa nak mengamuk je tengok perangai tak kemas korang tu. Jadi mula lah kemas meja okay?