Jadi Wartawan Penyiaran Ni Nampak Fun Je. Tapi Sebenarnya Sengsara Tau. Kenapa? Baca Ni
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

Jadi Wartawan Penyiaran Ni Nampak Fun Je. Tapi Sebenarnya Sengsara Tau. Kenapa? Baca Ni

post by Aisya

by Aisya

Jun 9, 2016
pada 6:08 AM

Kerja dalam bidang kewartawanan ni nampak macam best je kan? Pakai smart-smart, boleh masuk tv, satu kampung jiran tetangga terus kenal. Dan kalau yang dulunya tak ada siapa pun tau siapa korang. Haha.. Nampak je macam kerja glamour tapi tak ramai yang sedar sebenarnya disebalik tadbir tu.  Fuhh.. penat tau.

Ingatkan jadi wartawan ni baca je ye skrip yang diorang bagi. Alahh.. bukan susah mana pun tak ke ada tunjuk depan screen jadi tak perlu nak ingat pun. Bukan, tak sama macam yang korang imagine kan pun. Kalau nak tahu apa yang diorang kena buat, baca ni:

1. Gali story sampai dapat

Semua berita yang dibaca tu bukannya disediakan tau. Diorang kena cari story yang fresh, terkejar-kejar ke sini-sana untuk 'scoop' berita, sediakan info semua dan shoot. Bayangkan dalam masa yang singkat untuk buat semua tu. Gila tak gila jadi wartawan ni. Hmm.. kalau nak tahu apa yang kita tengok dalam tv tu semuanya yang dah siap sebab tu lancar je tanpa sebarang masalah.

Nak ceburi bidang ni bukan kerja main-main. Diorang perlu jadi yang pertama keluarkan cerita tu dulu. Kalau orang lain dah buat dulu maknanya cerita  tu dah basi. Jadi kalau news kena reject dengan bos tu perkara biasa lah. Sebab tu diorang kena turun padang kalau ada sebarang cerita terbaru dan sensasi. 

2. Kena jadi tangkas dan maklumat perlu sahih

Semua berita bukan calang-calang main 'çedok' je. Diorang kena buat research banyak, tentukan semua fakta tu betul ke tak, call orang sini-sana untuk verifiy kan maklumat tu. Senang kata, memang perlukan kemahiran dalam buat research. Kalau waktu kolej dulu boleh copy & paste je dari Google atau Wikipedia, kali ni no no no... 

Selain tu, setiap kali interview orang atau apa-apa sekalipun perlulah ditulis dalam buku nota sebagai bukti yang info korang tu sahih. Buku nota tu lah yang akan jadi saksi kalau diorang dipersalah untuk sebarang ketidakbenaran maklumat. Macam cerita True Story bila seorang penulis ni diberhentikan kerja serta-merta sebab tulis maklumat salah. Bukan main-main okay.

3. Masa kerja tak menentu

Last sekali, jadi wartawan penyiaran ni kerjanya tak menentu. Selagi ada berita sensasi dan terbaru jangan harap lah handphone tu tak berbunyi masa hujung minggu. Walaupun tengah on leave okay. Sebab tu perlu standby jika ada sebarang berita tergempar yang melibatkan hal-ehwal negara. Melepas lah nak luangkan masa bersama keluarga. 

4. Hati kena kental

Kena serang? Kena maki? Pukul? Tendang? Itu dah jadi perkara biasa buat diorang. Ala.. apa lah sangat kalau nampak mayat berterabur atas jalan yang ngeri kepala tercampak jauh apa. Itu semua diorang dah hadam lama dulu. Nak masuk bidang kewartawanan ni kena kuat dan tak mudah melatah. Walau segetir mana pun keadaan tempat tu, jangan sesekali tunjukkan emosi dalam menyampaikan berita. Perlu tahan emosi dan sampaikan berita dengan telus.

Walau susah dan perit mana pun kerja ni, tapi kalau ini memang minat tak jadi masalah. Buat benda yang kita suka dan tahu ini boleh jadi platform untuk terus maju ke depan apa salahnya. Susah-susah dahulu, senang-senang kemudian. Betul idok?