4 Kemahiran Yang Wajib Ada Pada Graduan Yang Dah Tak Tahan Hidup Menganggur!
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

4 Kemahiran Yang Wajib Ada Pada Graduan Yang Dah Tak Tahan Hidup Menganggur!

post by Myra

by Myra

Jun 10, 2016
pada 7:55 AM

Raso eh, dah habis universiti dekat setahun lebih. Tapi, hidup masih sama dan tak ada kerja. Fuh! Kawan-kawan semua dah ada kerja, siap ada yang dah tukar kereta, beli rumah. Kau? Nak beli baju dalam pun mintak mak duit. Acano?

Haa, sebenarnya, bukan korang ni tak pandai atau mempunyai keputusan yang kurang meyakinkan. Tapi, faktor kurang kemahiran yang menyebabkan majikan teragak-agak nak ambil anda bekerja.

Iyalah, majikan mana yang nak rugi kalau ambil orang bekerja kan? Jadi, disini kami nak kongsikan 5 jenis kemahiran yang korang perlu ada. Errr, WAJIB ada okay!

1. Kemahiran Komunikasi

Komunikasi sangat penting. Maklumlah, anda akan berkerja dengan manusia, bukannya patung cendana! Jadi, asak kemahiran komunikasi anda agar bakal majikan tidak mampu untuk berkata tidak kepada anda.

Well, banyak-banyaklah tengok cerita yang berilmiah dan memberikan manfaat. Bukan cerita cinta yang memang tak wujud pun dalam dunia!

2. Kemahiran Intelektual

Senang je nak master kemahiran ni, silalah tambah ilmu anda dengan memperbanyakkan membaca. Tak rugi pun baca buku setiap hari, melalui buku banyak perkara yang boleh kita pelajari tau!

3. Kemahiran Menyelesaikan Masalah

Ini paling penting. Tak ada majikan yang nak tolong anda menyeleaikan masalah apabila dah bekerja nanti tau! Jadi, anda perlulah ada ciri-ciri yang mampu menyelesaikan masalah. 

Ini akan memberikan bonus buat anda kerana anda akan dilihat untuk sentiasa bersikap berdikari dan ingin menyelesaikan masalah.

4. Keyakinan Diri

Datangkan muka je cantik dan handsome tapi kalau tak ada keyakinan pun tak guna kan? Zaman sekarang ni, bakal majikan mencari pekerja yang tinggi daya keyakinan diri dan boleh bekerja dengan sendiri.

Barulah boss suka beb! Bila kita yakin, semua benda pun boleh kita lakukan!