Hari terakhir bayar saman diskaun 80%. Rugi tak bayar. Murah!


by Maukerja Team
Hari terakhir bayar saman diskaun 80%. Rugi tak bayar. Murah!
Sempena bulan ni adalah sambutan hari ke 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia. JPJ, Polis Diraja Malaysia menawarkan 80& diskaun kepada korang untuk bayar saman! Mula mula min nampak dekat KLCC maai, ramainya orang. Terus tak jadi baik duduk rumah bayar online je. Tak sangka lagi mudah. Yelah, musim musim pandemik ni kan. dengan wabak baru omnicron megatron dah sampai. Baik kita berjaga jaga. Takkan nak pkp lagikan.
Kepada yang struggle macam mana nak bayar. Meh sini admin tujuk kan. Mula mula tak susah pun, korang install je apps ni dekat play store atau apps store.
Lepastu baru korang sign up. Isi info info seperti IC, Email dan sebagainya. Tetapi kadang kadang dekat sini kita kene spam sikit. Macam tekan la banyak kali masa sign up tu. sebab min pun hadapi kesukaran nak sign up. Tapi lepas tekan banyak kali akhirnya..!
Lepas dah sign up tu, boleh lah cek saman korang berapa and dah boleh start bayar!
Ada yang min tengok tu dari 1000 lebih dapat berapa ratus je!
So apa lagi, jangan tangguh tangguh dah, bayar je terus okay!