Kalau Tahu, Dari Dulu Lagi Kita Boleh Gunakan 6 Cara Ini Untuk Mudah Nak Dapat Kerja
# Pengetahuan Interview

Kalau Tahu, Dari Dulu Lagi Kita Boleh Gunakan 6 Cara Ini Untuk Mudah Nak Dapat Kerja

post by Aisya

by Aisya

Apr 21, 2022
pada 5:21 AM

Tengah sibuk cari kerja? Sebenarnya ada cara mudah dan cepat untuk dapat kerja. Tapi korang kena ikut kesemua 6 tips penting ni. Betul, tak tipu. Tips ini akan mudahkan cara korang untuk diambil bekerja:

1. Jangan cari kerja selepas 3 bulan tamat belajar

Ada orang lebih suka nak bercuti-cuti Malaysia dulu sebelum memasuki alam pekerjaan ni. Penat belajar lah, nak travel dulu lah, nak itulah ini lah, macam macam la! Jangan buat macam ni. Korang tahu tak kawan-kawan korang yang lain sewaktu tahun terakhir lagi dah sibuk terkejar sini-sana nak cari kerja tapi korang masih lagi relax je. Dahtu tunggu apa lagi? Cari lah kerja dekat Maukerja! Ada lebih 100 Ribu Jawatan Kosong Terkini Di Maukerja Untuk Anda, Mohon Sekarang!

Bila korang mula untuk cari kerja selepas satu tempoh bercuti, itu tak menjamin yang korang bakal dapat kerja serta-merta. Macam mana kalau ia akan ambil masa berbulan-bulan? Ha.. tak ke korang dah menganggur untuk jangka masa yang lama? Nanti bila bakal majikan tanya apa yang korang akan jawab? Menganggur untuk masa yang lama tanpa sebarang kerja sampingan ni akan berikan bad impression seakan korang ni malas untuk berusaha.

2. Siapkan diri dengan segala skill yang berbaloi

Apa yang korang belajar dekat universiti itu hanyalah akademik semata-mata. Iye memang akademik itu penting tapi kemahiran lain juga sama pentingnya. Bila bakal majikan korang nampak yang korang boleh buat itu dan ini maksudnya korang ni sangat berkebolehan dan rasa kagum dengan diir korang. Jadi jangan buang masa di kampus tanpa join mana-mana kelab. 

Sekurang-kurangnya, jika kerja yang dimohon kena reject, korang tak perlu nak risau sebab korang ada skill yang diperlukan untuk kerja yng lain pula. Untuk belajar skill ni bukannya susah, pergilah daftarkan diri dalam kelas-kelas kemahiran percuma ataupun ambil masa untuk belajar sendiri. dah cukup skills baru lag boleh cari kerja! Berlambak Kerja KOSONG Dekat Sini. Tinggal Mohon Je!

3. Pastikan resume kemas

Sekali lagi ditekankan, resume itu sangat penting. Bila korang mohon sesuatu kerja, yang diambil kira terlebih dahulu adalah resume korang. Resume ni terkandung kesemua maklumat yang bakal majikan korang perlukan dan jika tersalah langkah, alamatnya resume korang ni ditolak tepi la. 

“Satu kajian menunjukkan bahawa secara purata, kakitangan Sumber Manusia hanya mengambil kira-kira 30 saat untuk meneliti satu resumé."

Ringkaskan resume anda sehabis boleh dan padatkan dengan maklumat-maklumat yang berkaitan. Kalau boleh berat anda, tinggi, warna kegemaran dan kesemua yang remeh tu tak payah la nak letak dalam resume. Melainkan jawatan yang dimohon perlu maklumat sebegitu. 

Tulis nama anda dengan font yang lebih besar daripada yang lain dan diletakkan di posisi yang senang untuk bakal majikan baca. Yang ni dah la tulis nama sekecil semut, lepas tu letak pula dekat perenggan bawah sekali. Hmm.. salah tu. Seilidik dahulu company dan jawatan yang dimohon. Jangan ambil langkah mudah hantar resume yang sama kesemua jawatan yang dimohon. Jangan malas untuk ubah ye.

4. Mohon semua kerja yang boleh

Memang betul nak cari kerja ni susah. Tambah-tambah lagi kalau korang nak kerja yang betul-betul sama dengan apa yang korang dah belajar dekat universiti dulu. Tapi sebagai langkah permulaan, mohon lah kerja yang berkaitan atau tidak berkaitan langsung asalkan munasabah. Mulanya mungkin rasa menyampah sebab lari betul dari bidang tapi mana tahu itu akan jadi langkah permulaan korang untuk terus berkembang. Iye idok? So dekat sini kene lah Cari Kerja Sampai Ngam! Nak cari kerja ngam, korang cek je link ni. Janji kerja semua ngam soi! - 100 Ribu Jawatan Kosong Terkini Di Maukerja Untuk Anda, Mohon Sekarang!

Mungkin daripada satu posisi itu, korang akan dilatih dari bawah, diajar kesemua skill yang diperlukan dan seterusnya maju kehadapan dan jika rezeki berpihak pada korang terus boleh naik pangkat kepada jawatan yang korang idamkan selama ni. Ekonomi sekarang dalam tahap yang mencabar jadi mohon je kesemua kerja yang termampu. Okay?

5. Jangan katakan tidak pada interview

Dah hantar resume dan tiba-tiba company tu call korang untuk sesi temuduga. Maksudnya korang tinggal selangkah je lagi untuk berjaya! Tapi korang pilih untuk katakan tidak sebab apa? Korang teringat tarikh tu la nak pergi bercuti ke Seoul lah, kawan sekolah dulu nak kahwin lah, dah plan nak keluar dengan kawan-kawann lah. Sekarang ni mana yang paling penting? Plan jangka masa pendek ataupun panjang? 

Ada juga yang tak nak pergi interview sebabnya waktu mohon dulu dia main-main je, bukannya nak sangat jawatan tu. Haish.. korang tahu tak korang sepatutnya pergi je kesemua interview supaya ada lah juga pengalaman ke interview. Korang dah persiapkan diri untuk interview yang seterusnya. Pergi je dan belajar.

6. Praktis soalan temuduga dan jawapan

Hal interview ni jangan pandang mudah. Alahh setakat dia tanya 'ceritakan mengenai diri anda' siapa je yang tak boleh jawab. Hey bukan soalan tu je diorang bakal tanya. Sepatutnya sehari sebelum hadir ke interview, korang kenalah praktis dahulu soalan-soalan yang bakal ditanya dan cara untuk jawab dengan baik. Kalau boleh, cuba untuk cari maklumat mengenai trend soalan yang terkini. 

Bukan tu je, pastikan korang tak lupa untuk cari maklumat latar belakang mengenai company tu. Jadi tak lah ternganga nanti bila bakal majikan tanya. Untuk lebih berkeyakinan, cuba untuk praktis dihadapan cermin. 

100 Ribu Jawatan Kosong Terkini Di Maukerja Untuk Anda, Mohon Sekarang!