Bukan nak berlagak ataupun riak, tapi kami rasa kisah lelaki ini wajar dijadikan sebagai sandaran dan juga inspirasi buat semua anak muda yang masih mempunyai rasa untuk berjaya!

by Myra
Bukan nak berlagak ataupun riak, tapi kami rasa kisah lelaki ini wajar dijadikan sebagai sandaran dan juga inspirasi buat semua anak muda yang masih mempunyai rasa untuk berjaya!
Merupakan seorang yang gila bermain game, akhirnya lelaki ini sedar bahawa kejayaan tak datang bergolek dan beliau perlu melakukan sesuatu demi masa depannya.
Dari situlah bermula perjalanan seorang ‘gamers’ sepenuh masa kepada Chef yang paling ‘humbe’ di dunia.
Pernah dengar mengenai restoran Humble Chef? Kalau ya pasti anda sendiri terkedu dengan harga setiap menu ‘western’ yang ditawarkan disamping rasa yang sudah pasti akan membuatkan anda kembali untuk merasainya lagi.
Cakap banyak pun tak guna, jom kitabaca apa yang menarik tentang Humble Chef dari kanta mata pemiliknya, Rosman Hussin Rizal.
Saya mempunyai pengalaman bekerja di Hotel iaitu selama 10 tahun bekerja di Britain dan Germany. Jadi dari situ saya peroleh pengalaman dan belajar banyak mengenai ilmu kulinari.
Jangan terkejut! Ya, humble chef merupakan perniagaan yang dilakukan di atas lori atau lebih dikenali sebagai food truck.
Walaupun ketika itu Humble Chef hanya berniaga diatas lori kecil, ia berjaya menawan hati masyarakat setempat!

Pada saya, konsep saya lebih kepada comfort food. Saya nak orang datang dan makan makanan ini dengan gembira dan puas hati. Humble Chef dah 8 tahun beroperasi dan memang banyak perit jerih yang kami hadapi pada mulanya. Tapi, Alhamdulillah, orang ramai tak takut untuk mencuba walaupun makanan kami berharga murah.

Menariknya, di Humble Chef, harga makanan yang ditawarkan bermula dari RM2.50 sehingga RM20 sahaja.
Jangan pelik kerana anda mampu menikmati pelbagai makanan ‘western’ seperti speghetthi carbonara dan Bolognese dengan harga RM5 sahaja.
Fuh! Pendek kata, cara Rosman ini memang tak Nampak macam berniaga, tapi Nampak seperti memang suka-suka nak beri orang makan! Hehe.
Sepanjang Ramadhan ini, Humble Chef ada menyedia makanan special sempena Ramadhan. Kalau korang nak tahu apa, cubalah! Melting kan tengok foto-foto makanan diatas! Hehe.