Asyik-Asyik Orang Sama Je Jadi Pekerja Contoh. Kali Ni Turn Korang Pula..
# Pengetahuan Pekerja

Asyik-Asyik Orang Sama Je Jadi Pekerja Contoh. Kali Ni Turn Korang Pula..

post by Aisya

by Aisya

Jun 12, 2016
pada 8:10 AM

Nak jadi pekerja contoh ni tak susah, korang semua boleh jadi. Asalkan korang boleh berkerja kuat dan tak lakukan sebarang kesalahan. Siapa je tak nak kan? Bila boss bagi sijil penghargaan, ataupun pamerkan gambar korang dekat board bangga kan? Kalau kat tempat kerja korang tu asyik-asyik orang yang sama je dapat. Haa.. kali ni masa korang pula untuk menyinar. Bagaimana? Ikut lah langkah-langkah ni:

Bersikap professional

Alam pekerjaan ni merupakan permulaan untuk korang menjadi matang. Ketahui lah tempat yang korang bekerja itu, tak kira lah company business ke, hospital, atau apa sekali pun memerlukan korang berinteraksi dengan pelbagai manusia berlainan umur. Ingat tempat kerja tu bukannya padang permainan untuk korang sesuka hati gelar rakan sekerja tanpa panggilan hormat. Tambah buruk lagi kalau boss pun korang boleh guna "aku kau" je. 

Sebenarnya boss korang boleh tahu pekerja dia yang best untuk bekerja bersama dan pekerja yang suka main-main. Pekerja yang fun bukan bermaksud suka main-main, tapi mempunyai personaliti yang menarik, suka senyum dan boleh bergurau tapi ikut tempat dan masa lah. 

Jenis yang suka main-main 24 jam ni tolong-tolong lah bawa berubah. Setiap kali bosskeluar bilik, mesti tengah lepak meja orang lain bergurau-senda, dan kalau boleh nak gelak tu biar satu level dengar. Masa untuk berhibur ada, bukannya tak ada. Cuma  berpada-pada lah.

Belajar untuk menerima kritikan

Bila boss atau mereka yang berjawatan tinggi menegur kesalahan korang, jangan lah cepat melenting. Ini tak, sikit-sikit tarik muka dan kalau boleh nak berhenti kerja terus. Ada bezanya antara kritikan dan tohmahan. Kritikan ni adalah nasihat yang membina, yang berguna untuk korang terus berubah ke arah lebih baik. Boss yang professional akan gunakan cara ini daripada menjerit tak tentu pasal walaupun bukan salah korang.

Belajar lah untuk menerima. Kalau boss yang suka mencaci tak tentu pasal ni ada betulnyay juga kalau korang melenting. Tapi daripada membalas kata-kata boss tu, baik lah korang bersabar dan jangan keruhkan lagi keadaan. Jangan ikutkan perasaan, tunggu seminit dua sampai korang betul-betul cool down dan minta untuk berbincang dengan baik. 

Lakukan kerja dengan sempurna

Tak kira lah kerja korang tu memenatkan otak atau tenaga, sukar atau gaji rendah, belajar untuk lakukan kerja korang dengan terbaik. Jangan merungut dan jangan sesekali berasa tak motivated untuk bekerja. Kenaikan pangkat akan datang, cuma perlu tunggu. Boss biasanya akan offer korang kenaikan pangkat berdasarkan keupayaan korang dalam handle kerja, kesetiaan korang, work performance dan macam-macam lagi faktor. Jadi tunjukkan diri korang yang terbaik. 

Kalau makin lama kerja pun korang buat asal siap je macam mana boss nak offer bukan? Memang process ini memerlukan kesabaran dan bukannya berlaku seminggu dua. 

Bergaul dengan kesemua colleagues

Di tempat kerja ni, jangan lah terlalu kecilkan pergaulan korang bersama rakan-rakan yang sama department. Penting untuk korang kenali orang yang lain daripada bahagian korang je. Mana lah tahu nanti korang ada masalah yang melibatkan pertolongan mereka daripada bahagian lain, ta ke susah? Tak kenal nama, siapa yang in-charge bahagian terrtentu pun tak tahu, susah okay. 

Layan semua colleagues sama rata. Jangan lah pentingkan status dan jawatan je. Korang tak akan sedar mana tahu diorang ada kuasa yang lagi besar dalam company tu. Haa... sebab tu jangan memilih. Bila semua orang kenal korang, lagi lah bertambah ceria hari-hari di office. 

Kekalkan prestasi kerja yang bagus

Buat kerja dengan baik, datang tepat pada waktunya, punch card pada waktu yang betul dan jaga attendance korang. Kalau korang perasaan, mereka yang selalu dibuang kerja ni mesti akan buat salah satu kesalahan ni. Antaranya, selalu tak datang kerja, kerja tak siap pada waktu yang ditetapkan,ditegur disebabkan tingkah-laku yang tak professional atau dapat terlampau banyak aduan.

Nak jadi pekerja contoh kena lah bagi komitment lebih sikit. Kalau korang dah rasa menyampah nak kerja dekat tempat yang sama, baik lah berhenti je daripada merosakkan rekod diri sendiri.

Tepati masa

Datang lebih awal ke office lagi bagus daripada lewat. Sekurang-kurangnya datang 10 minit awal untuk siapkan diri sebelum memulakan kerja. Kalau korang kena drive jauh atau perlu naik public transport ke tempat kerja, rancang masa. Luangkan 30 minit awal untuk mengelak sebarang kesesakan, train tiba-tiba ada masalah teknikal macam admin kena pagi ni. Tabiat suka bergerak awal ni bagus untuk sebarang masalah yang tidak diundang. 

Jangan sesekali lewat untuk berjumpa dengan client. Kita yang sepatutnya menunggu client bukan mereka. Jika ada meeting pada hari tu, bangun awal dan mulakan perjalanan sedikit awal. Ingat ye, korang bukan diva nak buat semua orang kena tunggu pula. 

Jangan biasakan diri untuk bergossip

Tempat kerja bukannya pusat untuk berkumpul ramai-ramai dan mengumpat. Boss bayar korang bukan untuk bergossip ye, ingat tu. Faham, korang nak bergaul-rapat dengan colleagues yang lain dan berbual-bual kecil tu dibenarkan tapi kalau berjam-jam bersembang tanpa henti itu dah jadi gossip. Tak habis waktu lunch dia sambung lagi sampai ke petang, jadi bila nak siapkan kerja. 

Ingat, kalau boss tak ada dalam office jangan ambil kesempatan untuk bersembang ye. Korang perlu lah jujur dalam melakukan kerja. Kalau tengah bersembang boss lalu itu tak apa, cuma jangan lakukan dengan kerap. Kalau setiap kali boss lalu tengah bersembang, mesti dia akan fikir yang korang ni memanjang je beresembang.