Demi interview Atas Talian, pemuda ini sanggup daki bukit 2 jam!
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Demi interview Atas Talian, pemuda ini sanggup daki bukit 2 jam!

post by Maukerja Team

by Maukerja Team

Feb 20, 2022
pada 8:39 AM

Demi interview Atas Talian, pemuda ini sanggup daki bukit 2 jam!

Ramai antara kita yang sudah terbiasa dengan situasi yang dialami sekarang lagi-lagi pada pandemik Covid-19 yang melanda. Kita semua sudah terbiasa dengan temu duga belajar atas talian, kelas atas talian bagi mengelakkan pertemuan secara maya dan ingin mengurangkan jangkitan Covid-19.

Namun, terdapat kekurangan juga, dimana capaian interent yang agak perlahan menyebabkan pelbagai kesukaran yang terpaksa di hadapi oleh seseorang, lagi-lagi mereka yang nak menjalani temuduga.

Satu perkongsian di Facebook oleh Mario Sa memaparkan kesukaran adik lelakinya Frank Steward Panting Sa, 19 tahun yang sanggup mendaki Bukit Kelingkang selama 2 jam untuk melakukan temuduga atas talian. Ini kerana untuk mendapatkan capaiaan internet yang kuat bagi menghadiri temuduga bersama Universiti Pendidikan  Sultan Idris (UPSI) secara atas talian.

Beliau mendaki bukit lengkap berkemeja dan berseluar slack dan juga tali leher. “Dia membawa bersama tikar sebagai alas tetapi seluarnya basah semasa temuduga kerana hujan lebat tadi” – Mario Sa

Di sekitar rumah mereka dibekalkan dengan Wi-Fi, namun sebab capaian Internet yang tidak berapa kuat menyebabkan mereka membuat keputusan untuk membina pondok kecil di atas Bukit Kelingkang. Semoga usaha yang dilakukan memberi rezeki kepada adik ini.