4 Cara Untuk Elak Direject Oleh Majikan Semasa Phone Interview
# Pengetahuan Interview

4 Cara Untuk Elak Direject Oleh Majikan Semasa Phone Interview

post by Aisya

by Aisya

Jun 13, 2016
pada 3:42 AM

Kebiasaannya, bila korang dah hantar resume dan penuhi semua kriteria-kriteria yang diperlukan korang akan bergerak ke level lain lain iaitu phone interview. Phone interview ini belum tentukan lagi korang diterima atau tidak. Masih lagi perlu interview face-to-face cuma diorang call untuk tetapkan korang boleh ke datang untuk interview. Waktu diorang call ni jangan sesekali buat 4 perkara ni. Bakal direject lah kalau korang buat juga.

1. Cakap jerit-jerit

Admin selalu kena bila ada company call, macam dah jadi kebiasaan suara yang call tu tak berapa nak jelas. Dah letak phone dekat sampai volume paling tinggi masih tak dengar sangat. Kan? Kan? Hehe.. Bila korang tak berapa jelas denngan apa yang dikatakan, jangan pula jerit.

Cakap baik baik "tak berapa jelas, boleh awak ulang balik?" Haa.. tak ke sedap je dengar. Orang yang call pun tak rasa menyusahkan nak ulang balik apa yang dia katakan. Ada tau orang yang jerit jerit cakap kasar masa phone interview. "Hello! Tak dengar lah! Cakap kuat sikit lah! Heloooooo!" Amboi kasar nya bahasa, kalau admin yang call pun terus reject. Tak padnag langsung calon yang macam ni.

2. Biarkan orang missed call berpuluh-puluh

Susah betul nak call, asyik-asyik missed call. Sampaikan setiap hari call pun masih tak berjawab. Tapi dekat resume tulis maklumat untuk dihubungi nombor yang sama. Apa kes? Ingat ye bila korang dah hantar resume tu dalam seminggu dua tunggu untuk panggilan daripada company tu. Alert sikit sebab kalau berpuluh-puluh kali call tak angkat alamatnya bye bye lah. 

Jangan pula bila tengok nombor sama je yang call tak nak angkat sebab ingatkan scammer. Haha.. Memang tak akan dimaafkan untuk calon yang macam ni, elok lah teruskan cari calon yang lain.

3. Saya tak free

Call tu untuk nak confirm kan korang boleh datang tak untuk interview susulan. Bila dia tbagi tarikh sekian sekian untuk interview, terus jawab. Jangan lah bagi alasan saya tak free sepanjang hari sebab teringatkan dah janji nak tengok wayang dengan kawan ke apa. Semua tu boleh tunggu lagi. Ingat ye, bukan kkorang je caon, ada ramai lagi dan kalau korang tak boleh bagi komitment awal-awal lagi, ramai yang berebut untuk jawatan tu.

"Tapi saya memang tak dapat nak datang. Macam mana?" Okay untuk kes ni, bagi tahu elok-elok mungkin boleh rancang masa dan hari lain pula. Boss tu bukannya tak ada hati perut langsung, boleh je. Tapi dinasihatkan cuba untuk setuju je dgn tarikh tersebut sebab selalunya boss akan luang masa beberapa hari je untuk jalankan interview dgn calon-calon. Diorang pun ada kerja juga.

4. Jangan sesekali cakap "saya ada interview lain"

Tak free tu satu hal tapi yang paling out sekali bila bagitahu korang ada interview job lain. Bila korang cakap je ni, terus boss akan ingat yang kerja korang mohon ni tak berapa nak penting sangat ataupun sekadar sebagai pilihan je. Amboi diva nya perangai. Bersikap professional sikit okay. Bukan korang je calon untuk kerja tu, ada ramai lagi yang mohon dan sekali korang bagi tahu benda ni terus je diorang cari calon lain. 

Macam mana okay tak tips ni? Selamat maju jaya!