Sebab Perlunya Peraturan Penggunaan Social Media Di Tempat Kerja
# Pengetahuan Pekerja

Sebab Perlunya Peraturan Penggunaan Social Media Di Tempat Kerja

post by Aisya

by Aisya

Jun 13, 2016
pada 5:39 AM

2016 ni era penggunaan internet secara maksima. Tanpa kira umur tua dan muda semuanya tahu macam mana nak gunakan social paltform ni. Mak bapak korang pun ada yang dah buat account Facebook betul tak? Satu perkara yang bagus untuk generasi kini tapi kalau terlebih guna akan membawa kepada kebinasaan. 

Yes, kadang-kadang korang senyap-senyap bukak facebook waktu kerja nak tengok video lawak yang kawan share kan? Tak pun scroll Instagram sebab nak beli baju murah. Jangan amalkan selalu pula. Jadi patut ke tempat kerja korang buat peraturan atau dasar dalam penggunaan social media sewaktu bekerja? 

Jawapannya adalah PATUT. Zaman sekarang ni berleluasa kes viral sini sana. Benda ni akan memberi kesan buruk kepada nama company kalau berlaku juga reputasi. Seeloknya dielakkan untuk kesejahteraaan pekerja serta majikan.

1. Pekerja tulis rahsia sulit kerja di social media

Social media itu memang hak masing-masing untuk tulis apa  sahaja yang diorang nak. Yang paling famous sekali untuk nak kongsikan masalah ke apa adalah twitter. Teruskan nak meroyan stress dekat office ke apa selagi tak menyalahi undang-undang. Jangan sesekali berkongsi perihal kerja yang tak sepatutnya dikongsi.

Sebelum korang mula kerja, majikan akan bagi kontrak untuk sign kan? Sesetengah company sudah awal-awal terangkan dasar penggunaan social media dekat situ. Kalau korang langggar, habis lah. 

Macam contoh kerja di tempat makan, boleh pula tulis dekat Facebook resipi cara nak masak sama macam kedai tu. Mana majikan tak marah. Dah salah tu. Social media ni boleh mencapai ribuan pengguna, bukan 1-2 orang je yang baca. Segala yang korag share tu semua ora g boleh baca. Itulah powernya internet ni.

2. Mengutuk bos dan pekerja lain

Sangat-sangat lah tak professional kalau gunakan social media ni untuk mengutuk boss atau pekerja lain. Yang teruknya sampai maki-hamun boss. Boleh lah berlagak hebat dekat social media sebab tak add boss sebagai kawan. Jaga-jaga okay, sebab boss ni ada banyak mata-mata. Mungkin sekarang korang tak kena lagi tapi sekali HR dapat jumpa personal account korang ni bersedialah untuk nak kemas meja korang.

Sekarang ni makin hebat, ada tempat yang akan minta info social media korang untuk pantau cara korang gunakannya. Iye.. memang ada. Tak boleh la nak lari.

3. Sikap korang di social media mencerminkan budaya company

Kerja dan kehidupan seharian memang perlu dan kehidupan social kkorang itu hak peribadi masing-masing. Tapi yang jadi tak bestnya bila korang salah gunakan social media untuk memburukkan nama baik tempat kerja korang tu.

Macam contoh kes seorang pekerja di sebuah kedai makanan segera yang upload video rakan sekerja nya yang campak ayam ke atas lantai dan kutip balik untuk suka-suka dan akibatnnya teruk di tegur oleh netizen. Ramai yang tidak berpuas hati dan menegur cara majikan diorang jaga pekerjanya. Bila jadi macam ni tak sempat dah nak buang balik video apa, rosak habis nama. 

Bukan main lama company korang tu ambil masa untuk cipta reputasi senang macam tu je korang rosakkan. Tak baik kan?