Bila dengar je ada meeting macam-macam korang rasa, takut lah, nervous lah, gembira lah. Ye lah, meeting ni kan melibatkan pihak atasan, mungkin ada khabar gembira dan juga khabar yang tak baik.


by Izuan
Bila dengar je ada meeting macam-macam korang rasa, takut lah, nervous lah, gembira lah. Ye lah, meeting ni kan melibatkan pihak atasan, mungkin ada khabar gembira dan juga khabar yang tak baik.
Bila dah sampai kat bilik meeting tu kalau boleh korang jangan sesekali lakukan perkara ini, samada sengaja ataupun tidak, kemungkinan korang dah dicap sebagai seorang pekerja yang biadap!
Kalau dah boss besar fikir macam tu, pandai-pandai korang lah nak yakin kan mereka semula, bukan senang tau! Kemungkinan ia boleh menjejaskamn prestasi kerja sebab mereka tak berminat dengan korang.

Kedudukan dalam mesyuarat biasanya telah ditetapkan dan menjadi kebiasaan untuk boss-boss duduk disitu, jadi kalau boleh jangan ganggu tempat duduk mereka kerana mereka lebih adalah orang utama dalam syarikat itu berikan keutamaan kepada ketua department atau boss kerana mereka lah orang utama yang perlu tahu mengenai progress syarikat.. Mereka mungkin kelihatan biasa dan tak kisah, tapi sebenarnya mereka tak suka, jika tak sengaja bangun dan minta maaf kepada mereka.

Korang ditugaskan untuk melakukan pembentangan mengenai sebuah projek di hadapan klien dan boss, pada hari tersebut boss tiba lewat sedikit atau ada sedikit gangguan pada boss (telefon, belum bersedia dan sebagainya).
Dalam hal ini ketepikan sikap boss, tapi apa yang penting kita sebagai pekerja memainkan peranan untuk menyampaikan segala informasi mengenai projek kepada pihak atasan, jadi berhenti seketika atau jangan mulakan apa-apa pembentangan sebelum boss bersedia. Berhenti seketika jika ada gangguan pada dirinya, teruskan jika dengan izin mereka.

Biasalah dalam perbincangan pasti akan ada perbahalahan kecil dimana ada satu pihak yang kurang bersetuju dengan pendapat orang lain. Jika cadangan/pendapat korang ditentang oleh boss atau sebaliknya, jangan terlalu lantang dalam mempertahankan/membangkang dengan mereka. Cuba bertutur dengan cara yang baik. Contohnya, " Interesting point, it would be better if..."

Jangan cuba-cuba nak selfie atau main fb, twitter, instagram sewaktu mesyuarat dijalankan. Boss dihadapan pura-pura tak nampak tapi mereka sebenarnya perhatikan sikap korang. Silent atau matikan terus handphone korang sewaktu meeting, kalau boleh jangan usik pun telefon walaupun nak tengok jam.

Ada segelintir mesyuarat dijalankan pada habis waktu bekerja, secara tak langsung korang kena stay back lama sedikit untuk mesyuarat ini. Biasanya korang telah diberitahu awal sebelum mesyuarat ini dijalankan, jadi jangan buat sebarang perjanjian bersama keluarga/rakan-rakan pada hari tersebut. Nanti masa meeting jadi tak senang duduk, asyik tengok jam, fhentak jari di meja dan buat muka risau. Itu memang sah-sah nampak biadap!

Bagi mereka yang dah berpengalaman kerja rasanya, dah tahu tapi pesanan ini kami tujukan kepada adik-adik graduan muda yang bakal melangkah ke alam pekerjaan nanti, Mungkin korang lepas bila buat perkara begini di dalam kelas, tapi di alam pekerjaan tidak sama sekali. Sekali korang dicap pekerja biadap oleh boss, segala hal kerja korang akan jadi rumit. Kemungkinan memberi kesan dalam prestasi kerja jika ingin emmohon pekerjaan di syarikat lain.