Ini Senarai Terbaru Syarikat, Individu, Laman Yang Tak Berdaftar Dengan SSM. Hati-Hati...
# Trending Semasa

Ini Senarai Terbaru Syarikat, Individu, Laman Yang Tak Berdaftar Dengan SSM. Hati-Hati...

post by Aisya

by Aisya

Jun 14, 2016
pada 5:40 AM

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah mengeluarkan notis senarai laman web yang tidak diiktiraf, Produk Pelaburan serta Individu yang yang melakukan pelaburan secara tidak sah. Kaedah diorang ni sama je maca mana pelaburan syarikat Multi Level Marketing (MLM). Dan sejujurnya rakyat Malaysia tak pernah serik walaupun sudah tertipu berkali-kali.

Kali ni susah sikit nak kenal pasti syarikat pelaburan yang illegal ni tapi dah jadi trend pula orang percaya sangat dengan pelaburan emas yang menjanjikan pulangan berlipat kali ganda. Apa yanng pasti kebiasaannya cara diorang ni semuanya sama, lepas lingkup bukak lagi syarikat baru jaja nama lain tapi orang nya tetap sama. Sebab tu perlunya berhati-hati.

Pelaburan emas ni biasanya tahan tak sampai setahun lepas tu tutup laman web, syarikat dan bank negara pun terus tutup. Jadi pada yang awal melabur tu sempat lagi nak dapat pulangan modal. Yang dapat duit sekali tamak nak lagi macam mana pula? Memang hilang macam tu je duit tak dapat nak minta balik. Masa tu, dah tak ada fungsi nak marah-marah diorang sebab tak dapat nak cari balik. No telefon dah tutup, bila cari office guna alamat yang dibagi tak wujud. Macam tu je duit hilang.

Tak ada jalan mudah untuk jadi kaya

Ingat, mana ada jalan mudah nak dapat duit. Semua pelaburan apa tu tipu je walaupun yang dah ada nama gah. Tunggu masa je bank negara nak tutup. Sampai ada yang dah beli kereta mewah, siap pergi umrah semua tapi akhirnya lingkup juga. Jangan cepat percaya korang.

Berikut adalah senarai yang sudah dikemas kini untuk elakkan korang daripada tertipu lagi. Take note guys

Untuk lebih maklumat lanjut mengenai senarai individu, laman web dan syarikat sila layari portal rasmi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia serta senarai yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Klik sini