Mampu Bayar Kancil EX660 Je - Nurkilan 'Sentap' Lelaki Ini Sebab Kenapa Orang Kita Terlalu Miskin
# Trending Semasa

Mampu Bayar Kancil EX660 Je - Nurkilan 'Sentap' Lelaki Ini Sebab Kenapa Orang Kita Terlalu Miskin

post by Aisya

by Aisya

Jun 17, 2016
pada 2:19 AM

Kaya atau miskin sering dikaitkan dengan nilai barang-barang macam kalau ada rumah besar, kereta mewah dan barang-barang berjenama itu maksudnya kaya. Itu semua kaya pada duit, tapi pada yang dikongsikan oleh netizen ni, ZF Zamir di akaunnya, bagi dia kaya itu definisinya meluas dan lain dengan apa yang kita fikirkan. 

Kaya atau miskin bukan diukur berdasarkan besar mana kereta korang mampu beli, pakai Kancil EX660 itu bukan jadi ukuran kita miskin. Beli kereta Honda tapi nak bayar bulan-bulan pun semput itu bukannya penyebab kita miskin. Tapi kita miskin adalah sebab ini..Baca luahan 'makan dalam' lelaki ini

"Kita miskin, kerna kita tak membaca"

Tengok jumlah purata tahunan buku yang dikeluarkan oleh negara-negara hebat ni. Negara China hingga mencecah 440,000 buku setiap tahun. Manakala German yang maju dalam pembuatan enjin mengeluarkan 82,048 judul buku baru. Ini bukannya syok sendiri, keluar banyak-banyak buku tak ada orang beli pun tak penting. Bukannya macam tu, negara-negara hebat ni keluarkan jumlah sebegitu sebab permintaan yang tinggi daripada orang ramai. Ini menunjukkan rakyat mereka kuat membaca. 

Negara mereka berkembang pesat

Dan kita kagum macam mana diorang boleh cipta teknologi hebat-hebat. Macam mana diorang boleh sampai ke Marikh dan ramai ahli akademik asal dari sana. Cuba kita tengok balik diri kita secara purata sebulan berapa judul buku je yang kita baca? Jangan cakap sebulan, setahun pun belum tentu sempat baca apa-apa buku.

Pergi Big Bad Wolf borong satu kotak buku, bila sampai rumah hanya susun atas rak buku sebagai pameran. Tahun depannya buat lagi benda yang sama tapi buku yang sebelum tu tak terusik pun lagi. Hmm..

"Dan kita tertanya-tanya kepada negara muslim tak maju?"

Dalam Islam itu sendiri sudah menekankan pentingnya membaca. Membaca tu secara literalnya bermaksud tambah ilmu. Baca apa-apa jenis buku sekalipun sebab pada setiap buku tu terkandung ilmu yang kita boleh gunakan. Bukannya wajib baca buku yang berbentuk akademik saja. Apa-apa sahaja asalkan membaca.

Dan kita tertanya-tanya kenapa  kita tak boleh maju setaraf dengan Jepun atau German ke? Sebab kita jadi rakyat yang pasif, terima sahaja sehinggakan segala barang harian kita tu majoritinya Made in China. Kita hanya jadi pengguna barangan mereka.

Mulakan tabiat suka membaca, dalam train semasa tunggu bas atau bila-bila waktu terluang, ubah sikap daripada suka main phone kepada membaca. 

Sumber: ZF Zamir