Seorang pelajar medik di sebuah universiti awam, Universiti Putra Malaysia berkongsi luahan rasanya apabila ditanya soalan berkaitan keputusan peperiksaannya yang tidak seberapa sewaktu ditemuduga.


by Aisya
Seorang pelajar medik di sebuah universiti awam, Universiti Putra Malaysia berkongsi luahan rasanya apabila ditanya soalan berkaitan keputusan peperiksaannya yang tidak seberapa sewaktu ditemuduga.
Belajar medik ni bukan senang, 4 tahun berhempas pulas tak cukup tidur siang dan malam demi nak pass exam. Kesemua process pembelajaran begitu, perlukan kesabaran yang tinggi dan nak berjaya bukannya senang kan? Khairul Aiman Rosli berkongsi di akaun Facebook miliknya tentang bagaimana dia menjawab soalan itu.

Nak jadi seorang doktor yang hebat dan mahir, mestilah kena siapkan diri dengan segala ilmu yang penting dan kemahiran yang tinggi. Bila interviewer tengok result exm yang tak seberapa, mestilah dia akan rasa sangsi "boleh ke budak ni jadi doktor? Result pun tak perform?"
Memang, macam mana orang nak percaya dengan kebolehan korang kalau akademik tak bagus bukan? Nanti bila suruh bedah orang, terbuat silap itu dah jadi kes naya tu. Tapi yang bagusnya, cara dia jawab soalan tu memang terbaik.
.png)
Dia masih ingat lagi kata-kata azimat yang diberikan oleh pensyarahnya, Dr. Hoo, seorang neurologist. Apa yang dia pesankan, nanti bila dah berjaya jadi doktor tak akan ada pesakit sibuk tanya result last sem macam mana. Tak akan ada pesakit yang memillih nak students yang dean list apa je untuk rawat. Keputusan exam tak penting dah masa tu. Apa yang diorang mahu adalah seorang doktor yang bagus.
.png)
Betul... slip keputusan itu hanya tunjukkan keputusan akhir. Tak ada sesiapa pun tahu susah-payah jatuh bangun kita nak dapatkan result tu. Jangan ingat mereka yang lemah dalam akademik ni tak pernah lalui kesusahan. Gagl dalam subjek, kena repeat, kena tengking dengan doktor, rasa down bila kawan yang lain lulus exam tapi kita sangkut. Itu semua mengajar kita untuk lebih kuat, positif dan lagi bersemangat untuk nak jadi doktor.
Betul lah apa yang orang cakap, gagal sekali tak bermaksud kita mengalah, Malah lebih bercita-cita tinggi dan berjaya. Banyak cerita kita dah dengar pasal pelajar-pelajar yang result power tapi bila buat housemanship mengalah macam tu je sebab stress dan mengalami kemurungan.
Siapa tahu, mereka-mereka yang result tak gempak mana ni lah yang boleh tahan dengan kehidupan sebagai doktor dan berjaya. Rezeki masing-masing tak sama. Tak perform dalam exam tak bermakna dah gagal bukan?
Sumber: Khairul Aiman Rosly