[Video] Mula-Mula Chickaboo, Lepastu Kuda, Sekarang Bab* Di Jalanraya Pula 'Raih Market'
# Trending Semasa

[Video] Mula-Mula Chickaboo, Lepastu Kuda, Sekarang Bab* Di Jalanraya Pula 'Raih Market'

post by Izuan

by Izuan

Jun 19, 2016
pada 3:05 AM

Kecoh sejak kebelakangan ini dimana seekor burung unta sedang berlari di jalan raya akibat terlepas daripada kenderaan tuannya,  muncul pula kuda yang mendapat perhatian orang ramai di laman sosial sehinggakan netizen mula pertikaikan sikap haiwan dengan manusia yang memandu di lorong yang salah.

Tak lekang juga burung unta yang dinamakan Chickaboo itu yang menjadi 'bahan hiburan' syarikat-syarikat gergasi membuat iklan bagi meraih perhatian orang ramai. Namun, muncul pula video seekor babi yang terlepas di jalan raya.

1. Chickaboo

Kejadian yang berlaku hari Khamis lepas, sekitar 3.20 pm di Lebuhraya Persekutuan itu telah menyebabkan enderaan bergerak perlahan di kawasan tersebut. Video yang berdurasi 25 saat ini menunjukkan seekor burung unta yang dinamakan Chickaboo sedang berlari di lorong kanan akibat terlepas daripada kenderaan tuannya.

Ia bagaimanapun telah ditemui semula dengan selamat.

2. Kudaboo

Ekoran dengan kejadian Chickboo, muncul pula video seekor kuda, Kudaboo (digelar oleh netizen) berlari di atas jalan raya di kawasan  laluan bertingkat di Wakaf Siku menghala ke arah Kubang Kerian sampai dapat 5,000 perkongsian di Facebook dalam masa yang singkat.

Bagimanapun, Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Kota Bharu, Jamil Abdullah pihaknya tidak menerima sebarang maklumat berhubung kejadian tersebut. Bermakna kesahihan video ini belum apsti benar atau tidak.

3. Babiboo

Dan kini video seekor babi di lorong kiri pula viral, difahamkan kejadian ini sebenarnya dah lama berlaku, seekor babi yang dikatakan terjatuh daripada lori. Lokasi di Kuching Sarawak, kembali viral semenjak kes Chickaboo. rasa lucu pulai bila ada yang cuba mengaitkan kejadian ini dengan sikap pemanduan manusia di laman sosial. Dah macam trend pula main lepas-lepaskan haiwan di jalan ni, lepas ni haiwan apa pula ye?