Professor Ini Buktikan Bahasa Inggeris Punca Mengapa Graduan Makin Ramai Menganggur
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Professor Ini Buktikan Bahasa Inggeris Punca Mengapa Graduan Makin Ramai Menganggur

post by Aisya

by Aisya

Jun 22, 2016
pada 3:46 AM

Ini lah lumrah graduan-graduan sekarang. Belajar 4 tahun dekat universiti, lepas habis je keluar dengan harapan akan dapat kerja. Habiskan masa cari kerja tak dapat-dapat lepas tu menganggur untuk tempoh yang lama. Bukan lagi benda baru untuk dilihat sekarang ni.

Yang menjadi persoalannya mengapa boleh terjadi? Syarikat-syarikat masih lagi demand fresh graduate untuk diambil bekerja. Adakah disebabkan terlampau ramai graduan yang tamat belajar setiap tahun dan melampaui purata kekosongan kerja?

Haa.. bekas Naib Canselor Universiti of Malaya, Prof Ghauth Jasmon memberitahu punca mengapa isu ini timbul. Graduan yang menganggur saban tahun boleh mencecah 600,000 jika tiada apa-apa tindakan yang diambil untuk menambah baik tahap penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar universiti. Graduan yang masih menganggur daripada universiti-universiti awam di Malaysia meningkat tinggi setiap tahun dan daripada 600,000 itu 80% adalah golongan Bumiputera.

Graduan perlu menguasai Bahasa Inggeris

Realitinya, sektor-sektor swasta lebih gemar mengambil graduan daripada universiti swasta kerana mereka mampu bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan lebih baik. Walaupun kerajaan sudah menghabiskan billion ringgit kepada universiti awam, tetapi permintaan graduan untuk bekerja masih lagi rendah. 

Penting sangat untuk menguasai Bahasa Inggeris ni untuk memasuki alam pekerjaan. Jangan kata untuk bekerja, dalam kehidupan seharian pun korang dah boleh nampak betapa Bahasa Inggeris ni penting. 

Dengan keadaan graduan yang makin ramai, persaingan akan menjadi semakin sengit. Semua  orang perlu bertanding untuk kekosongan yang terhad dan daripada itu mesti lah para majikan mahukan yang terbaik daripada calon-calon. Katakan lah kesemua calon itu hebat dalam akademik tetapi antara kesemuanya, hanya seorang yang mahir bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan lancar. Rasanya siapa yang akan diambil bekerja?

Mulakan hari ini untuk memahirkan Bahasa Inggeris

Untuk nak jadi yang terbaik daripada orang lain korang perlu praktis, praktis dan terus praktis. Biarlah kawan lain cakap korang ni acah-acah mat salleh nak speaking London. Cuba untuk gunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Segala nota yang lecturer bagi tu, ada juga jenis pelajar yang suka translate dalam bahasa Melayu bagi mudah faham. Apa kata korang jangan terbiasakan habit tu, cuba untuk fahami dalam Bahasa Inggeris okay?

Jadikan kebiasaan untuk bertanya soalan pada pensyarah atau kawan-kawan dalam Bahasa Inggeris. Ala.. malu lah speaking pun berterabur nanti kena gelak je. Tak apa, process pembelajaran memang macam tu, bermula dari tak tahu apa-apa kepada pandai. Mana ada orang mula belajar terus boleh cakap macam orang putih. Korang nak malu sekarang atau masa mohon kerja nanti baru malu?

Ambil inisiatif ini untuk elakkan korang daripada menyumbang kepada peningkatan graduan yang masih menganggur. Selamat berjaya!