Cuti Raya Makin Dekat, Macam Mana Nak Kekal Produktif Di Tempat Kerja? Buat 4 Tips Ini!
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Cuti Raya Makin Dekat, Macam Mana Nak Kekal Produktif Di Tempat Kerja? Buat 4 Tips Ini!

post by Izuan

by Izuan

Jun 22, 2016
pada 9:02 AM

Musim perayaan dah nak tiba tak lama lagi, mesti korang dah mula bnyak fikir tentang persiapan. Kerja banyak, dalam masa yang sama kena persiapan untuk keluarga lagi shopping raya lagi, rumah terbuka dan macam-macam lagi lah.

Naik kusut kepala sebab banyak benda nak kena fikir, maklumlah raya ni datang setahun sekali sahaja, rasa menyesal pula bila tak manfaatkan betul-betul. Secara tak langsung, minda korang terganggu dek kerana memikirkan hal-hal di rumah sewaktu bekerja dan hal-hal di tempat kerja sewaktu di rumah.

Jangan runsing-runsing, kami akan kongsikan tips-tips bagaimana ingin membantu korang kekal produktif di tempat kerja apabila menjelang musim perayaan ini tanpa sebarang gangguan dalam minda korang.

1. Ketepikan Perihal Rumah Sewaktu Di Tempat Kerja

Kami faham korang excited nak beraya, fikir hal keluarga dan kemeriahan segala. Itu membuatkan korang jadi gelabah dek kerana memikirkan menu raya, duit raya, tetamu, barang untuk hari raya. Tapi korang masih bekerja, ingat tanggungjawab korang, fikir semua hal tu di rumah. Jangan terlalu excited sampai kerja diabaikan.

Cuba sibukkan diri di tempat kerja, agar pemikiran korang takkan terganggu dan ia akan membantu korang sentiasa fokus dengan kerja.

2. Buat List Yang Perlu Disiapkan Dan Semak Semula

Mungkin otak kornag terbeban dengan jal kerja yang bertimbun-timbun dan risau tak dapat siapkan sebelum raya ini. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus, relaks dan buat senarai tugasan yang perlu korang siapkan supaya cuti korang tak terganggu. Siapkan satu per satu mengikut turutan agar semuanya berjalan dengan lancar. 

Semak semula dan pastikan segalanya disiapkan dengan sempurna. Balik kampung cuti raya dengan amat dan tenteram!

3. Kerja, Kerja, Rumah, Rumah

Hal di tempat kerja jangan dibawa ke rumah, hal keluarga jangan di bawa ke tempat kerja. Fokus pada satu kerja sahaja. Jangan campur aduk kan semuanya. 

4. Elakkan Buat Multi Tasking

Waktu kerja lah kroang nak uruskan katering, waktu itulah korang uruskan hal kerja. Seperi yang kami katakan tadi hal dirumah lakukan dirumah dan hal di kerja lakukan di tempat kerja. Kalau tidak, korang akan tertekan kerana bebanan yang korang harus galas. Nanti satu apa pun tak jadi