Setiap kali musim perayaan, kita mesti akan disajikan dengan iklan-iklan yang memuka hati kita. Mesej tersirat yang cuba disampaikan memang mendalam sehingga tersentuh hati kita apabila menontonnya, ada yang mampu menitiskan air mata penonton.

by Izuan

Tahun ini, iklan raya daripada Samsung telah berjaya menusuk kalbu penonton, sesuai mengikut trend dan fakta yang benar-benar berlaku pada masa ini, perbualan sebuah keluarga berinteraksi menerusi aplikasi Whats App berkongsikan kegembiraan dan kenangan keluarga tersebut sehinggakan timbul pergaduhan antara mereka.
Saat yang betul-betul membuatkan penonton rasa sebak ketika nilai kekeluargaan mula muncul apabila perbalahan antara adik beradik akhirnya terlerai setelah sekian lama di biarkan. Itu baru Samsung, muncul pula iklan daripada produk lain yang tidak kurangnya hebat ke hati penonton.
Dibawah ini merupakan senarai kompilasi iklan-iklan raya bagi tahun 2016. Dalam kesemua iklan ini, mana satu pilihan korang?