Baru-baru ini tular di Twitter tentang seorang gadis, @Nanashiiee mengemis duit pada bekas teman lelakinya yang enggan membayar hutang hampir lebih daripada RM 7000.


by Maukerja Team
Baru-baru ini tular di Twitter tentang seorang gadis, @Nanashiiee mengemis duit pada bekas teman lelakinya yang enggan membayar hutang hampir lebih daripada RM 7000.
Sumber: Twitter @Nanashiiee
Menurut Nana pada tahun 2021, dia telah membuat satu transaksi kepada bekas teman lelakinya sebanyak RM 15000. Dan duit itu bertujuan untuk membeli motosikal baru atas belas kasihan Nana yang pada masa itu bekas teman lelakinya tak ada kerja, tak ada tempat tinggal dan tak ada kenderaan untuk kerja sebagai rider Foodpanda.
Nana memberitahu MauKerja sewaktu itu umur Nana 19 dan sudah mempunyai business sendiri sambil melakukan kerja part-time shooting, manakala bekas teman lelakinya berumur 20 tetapi tidak bekerja. Daripada RM 15000 masih berbaki RM 7264 yang belum dibayar oleh bekas teman lelakinya.
Pelbagai cara yang telah Nana lakukan untuk tolong bekas teman lelakinya bayar hutang sehingga melibatkan keluarganya. Setelah sekian lama Nana mengemis hutang bekas teman lelakinya malah blocknya di semua tempat.
Apabila kita berhutang beringatlah untuk bayar semula hutang. Carilah kerja dan dapatkan duit dengan cara yang betul, usaha dan janganlah berhutang untuk kepentingan sendiri. Lagi-lagi, dalam Islam yang perlu diambil kira dalam hal membayar hutang.
Menurut Mais, hutang adalah amanah yang wajib dijelaskan.
Allah SWT memerintahkan agar kita menunaikan amanah. Hutang merupakan amanah yang terpikul di atas bahu penghutang. Firman Allah SWT:
فَإِنْ أَمِنَ بَعْضُكُمْ بَعْضًا فَلْيُؤَدِّ الَّذِي اؤْتُمِنَ أَمَانَتَهُ وَلْيَتَّقِ اللَّهَ رَبَّهُ
Yang bermaksud: “Kemudian kalau yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang (dengan tidak payah bersurat, saksi dan barang gadaian), maka hendaklah orang (yang berhutang) yang dipercayai itu menyempurnakan bayaran hutang yang diamanahkan kepadanya, dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya.” (Surah al-Baqarah: 283)
Manakala dalam Firman Allah SWT:
إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا
Yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah An-Nisa’: 58)
Dari hadis ini, kita dapat memahami bahawa membayar hutang pada waktunya adalah satu tanggungjawab yang wajib bagi setiap orang. Kita tidak boleh menunda-nunda pembayaran hutang sehingga membebankan orang lain dan mengakibatkan penderitaan pada mereka. Sebaliknya, kita perlu memenuhi tanggungjawab kita dengan memberi keutamaan kepada pembayaran hutang sebelum membelanjakan wang pada perkara lain yang tidak begitu penting.