Korang Boleh Tuntut Bayaran Lebih Jika 3 Situasi Ini Berlaku Kalau Boss Suruh Kerja Overtime
# Pengetahuan Pekerja

Korang Boleh Tuntut Bayaran Lebih Jika 3 Situasi Ini Berlaku Kalau Boss Suruh Kerja Overtime

post by Izuan

by Izuan

Jan 12, 2020
pada 6:59 PM

Kalau korang diarahkan untuk bekerja lebih masa, sebenarnya korang ada hak untuk tuntut bayaran lebih kerana ia telah melebihi waktu kerja yang di tetapkan berdasarkan surat perjanjian yang ditandatangani sebelum korang mula kerja disitu.

ia boleh dianggap sebagai melanggar garis panduan yang telah ditetapkan oleh Akta Undang-Undang Kerja Malaysia jika, majikan enggan membayar korang. Tapi ingat! korang tak boleh minta sewenang-wenangnya tahu, pastikan perkara-perkara ini berlaku barulah korang boleh tuntut. Kalau tak ada diam je, nanti diri sendiri yang malu.

1. Bekerja Lebih Masa (Selepas Waktu Bekerja)

Berdasarkan Akta Undang-Undang Kerja di Malaysia, Kalau bergaji bawah daripada RM2,000 diarah untuk stayback di pejabat selepas pukul 5, korang sebenarnya dah dikira kerja Overtime (OT) tau, jadi korang ada hak untuk tuntut bayaran lebih 0.5 daripada kadar asal setiap jam pada hari tersebut jika bekerja lebih masa. 

Contohnya, bayaran basic korang sepatutnya sejam RM10, tapi jika diarahkan OT. Secara langsungnya bayaran gaji korang pada hari tersebut berubah mendai RM15 sejam. Bukan sahaja lepas pukul 5 tapi kadar jumlah dari waktu awal pagi korang masuk kerja.

2. Bekerja Ketika Cuti Mingguan

Sedang berehat di rumah pada hujung minggu tiba-tiba dapat panggilan daripada boss suruh masuk kerja. Jadi, korang jangan frust sangat sebab korang akan diberi ganjaran hujung bulan nanti, Dimana korang akan dapat 2 kali ganda bayaran daripada gaji harian korang jika bekerja lebih masa pada hari tersebut. Bagaimanapun kalau korang bekerja dalam tempoh normal (8 jam) atau separuh hari, ia akan dikira sebeperti biasa.

3. Disuruh Bekerja Ketika Cuti Umum

Agak tertekan jika disuruh kerja pada cuti umum, tapi kan korang akan dalam 2 kali ganda jika bekerja pada hari tersebut (8 jam atau kurang) Tetapi jika waktu kerja itu melebihi daripada 8 jam, kadar bayaran akan meningkat kepada 3 kali ganda! Ia bertujuan bagi menjaga kebajikan pekerja-pekerja. Namun, perlu diingatkan bahawa tuntutan ini layak bagi mereka yang bergaji RM2,000 kebawah, dan mereka yang bekerja buruh kasar atau manual labourer tidak kira berapa kadar mereka sekalipun.