Korang Memang Tak Patut Buat 6 Perkara Ini Dekat Office
# Pengetahuan Pekerja

Korang Memang Tak Patut Buat 6 Perkara Ini Dekat Office

post by Aisya

by Aisya

Jun 26, 2016
pada 4:46 AM

Dekat tempat kerja ni macam-macam ragam orang kita pernah tengok. Ada yang jenis suka mengadu boss perangai macam monster lah, kaki bergossip,  kaki tidur macam-macam lagi lah. Kadang-kadang diri sendiri pun ada juga pernah buat kesalahan yang sama, kan? Kalau korang nak tahu dalam banyak-banyak kesalahan yang biasa orang buat, ada 6 benda yang paling tak boleh diterima dek akal kalau korang buat juga.

Kalau korang pernah buat 6 perkara ni, memang nampak tak professional langsung dalam etika pekerjaan. Nak tahu apa 6 kesalahan tu? Ini dia senarai dia:

1. Tak kawal kemarahan bila bertindak

Memandang korang semua rata-ratanya habiskan banyak masa di tempat kerja, memang tak boleh nak larilah daripada stress, rasa kecewa, takut, dan marah. Ada harinya bila benda tak jadi macam yang korang rancangkan, mula lah terasa nak mengamuk satu office je. Sampaikan bila colleague ajak pergi lunch pun dah boleh bawa gaduh. Segala emosi yang tersimpan dalam diri korang tu lah yang menunjukkan siapa diri korang yang sebenar. 

Jadi amat lah penting untuk korang kawal kemarahan tu dan hormat colleagues serta staff-staff yang lain. Jangan lepaskan stress korang dekat orang lain, itu sangat lah tak professional dan tak boleh diterima. 

Bila korang berdepan dengan sebarang masalah di tempat kerja, jangan bertindak melulu. Cuba ambil masa untuk nak tenangkann diri dulu dan biar rasa marah, kecewa semua tu hilang dulu. Bila rasa diri dah kembali tenang baru lah cakapkan apa yang korang nak kan. Korang mesti tak nak kan, bermasam muka dengan kawan meja  sebelah sebab hari tu tertengking dia walaupun bukan salah dia. Bila dah jadi macam ni boleh bagi kesasn bukan je pada kerja tapi pada kehidupan seharian juga tau.

2. Khianati rakan sekerja atau kawan sendiri

Ingat tak pesan mak dulu-dulu masa kecil? "Layan orang sama macam mana yang korang nak dia buat pada korang." Haa.. samalah juga pada rakan tempat kerja ni. Diorang pun manusia juga, jadi layan sama macam mana yang korang nak diorang layan korang balik. 

Cuba fikirkan situasi ni, bila korang suka sindir-sindir dan tengking-tengking colleagues nanti lama-lama macam tu juga lah dia akan buat balik pada korang. Haa.. jangan ingat apa yang korang buat tu tak dapat balasan ye? 

Paling merosakkan adalah bila rakan sekerja mengutuk rakan lain atau cakap buruk di belakang. Paling teruk bila  majikan sendiri boleh cakap buruk pasal pekerja dia pada pekerja lain. Majikan yang sebegini menyebarkan aura negatif sebenarnya pada orang lain. Jangan tipu lah kalau tak ada tempat kerja yang macam ni. Benda ni dah jadi kebiasaan dalam kalangan pekerja sekarang dah macam trend pula. 

3. Jangan bawa masuk hal peribadi ke tempat kerja

Memang bila dah berhabis berjam lamanya  dekat office ni sampai tak ada masa untuk diri sendiri kadang-kadang kita  tak tahu pada siapa nak kongsikan masalah peribadi kan? Lepastu colleague pula jenis yang bertimbang-rasa, baik dan suka mendengar lagi lah kita suka nak berkongsi masalah hidup. Bila waktu kerja berkumpul di pantry dan masing-masing bercerita masalah. 

Masalahnya disini bila kita ganggu tumpuan kita dengan bincangkan hal masalah ni pada waktu bekerja. Benda ni boleh hilangkan fokus pada kerja dan ingat juga kepada colleague yang kita ceritakan masalah tu, benda ni pun akan bebankann dia juga. Dah la ganggu waktu kerja dia, lepas tu nak suruh dia fikirkan sekali penyelesaian masalah korang. Hmm.. 

Kita manusia biasa memang susah nak bahagikan antara hal kerja dan hal peribadi tapi dengan menjadikan kebiasaan untuk bercerita hal peribadi di tempat kerja, korang boleh kurangkan peluang untuk maju kehadapan dalam career. Kalau korang percaya dengan colleagues dan nak juga berkongsi masalah boleh. Lakukan selepas waktu bekerja okay?

4. Menipu

Kita menipu sebab nak sorokkan kebenaran. Kenapa kita buat macam tu? Sebab kita takut apa akan terjadi kalau bagitahu perkara sebenar dan daripada terima akibat yang buruk baik teruskan menipu. Betul bukan?

Menipu di tempat kerja ni menunjukkan yang korang ni lemah dan tak nak terima kebenaran. Percaya lah, makin lama korang menipu lama-lama nanti kebenaran akan muncul juga. Dan bila dah terjadi, waktu tu baru korang sedar keburukan dia. Macam contoh, bila korang menipu mengenai pengalaman bekerja, mungkin sewaktu interview boleh lepas lagi, tapi beringatlah hari pertama  korang kerja nanti akan terbongkar juga. Orang sekeliling akan mula perasaan tipu korang tu dan boleh buatkan korang kehilangan kerja. Jadi jangan lah sesekali menipu okay.

5. Mengadu perihal boss, kerja dan macam-macam lagi

"Boss baru ni leceh lah. Asyik-asyik nak bagi kerja banyak. Balik awal sikit kena tegur." Haa.. ini satu lagi kebiasaan mengadu hal boss monster lah, office tak best lah, staff lain bosan lah semua benda nak complain. Bila korang selalu mengadu dan mengkritik ni, ini buatkan peribadi korang negatif dan bertoksik boleh berjangkit pada orang sekeliling tau. Kalau boss korang pecat korang jangan tanya kenapa, tanya diri sendiri apa korang dah buat.

Bila berdepan dengan sebarang masalah yang tak berkenan di hati, daripada tengok dari sudut yang egatif apa kata tengok pada sudut positif pula. Ingat balik saat korang gembira buat kerja, bila boss puji kerja korang. Tak kan lah nak ingat yang buruk-buruk je kan?

Kalau ada masalah di tempat kerja, cuba untuk berbincang dengan majikan korang. Mungkin kedua pihak boleh capai kata sepakat. 

6. Jangan lupa diri

Elemen paling penting untuk nak berrjaya tak kira lah dalam kerjaya atau bisnes ni adalah kenalan. Setiap orang yang kita bekerja bersama-sama hari ini mungkin satu hari nanti perlukan pertolongan kita atau pun sebaliknya. Jangan lupa diri bila orang dah tolong susah-senang dulu. Bila kawan minta tolong pula banyak je alasan dia. tak elok tau macam tu. Orang yang jenis macam ni memang tak ada siapa lah nak kawan dengan dia. Tunggu nanti korang susah memang tak akan ada seornaga pun yanng sudi datang bantu. 

Jangan sesekali memilih untuk nak tolong. Tak kira lah boss, pekerja sendiri, rakan tempat kerja, pencuci bangunan ke semuanya kalau ada kesempatan untuk tolong, sila kan tolong. Tanpa diorang ni korang bukan lah siapa-siapa.