Korea Selatan Mahu Haramkan Boss Hubungi Pekerja Lepas Waktu Pejabat
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Korea Selatan Mahu Haramkan Boss Hubungi Pekerja Lepas Waktu Pejabat

post by Izuan

by Izuan

Jun 26, 2016
pada 5:26 AM

Kerajaan korea selatan kini sedang mempertimbangkan penguatkuasaan undang-undang baharu dimana majikan dilarang mengganggu pekerja mereka di rumah rentetan dengan keluhan rakyat terbeban dengan ketidakseimbangan waktu bersendirian dengan waktu kerja.

Rang undang-undang baru kini akan digubal bagi menyelesaikan masalah pekerja zaman moden ini. Majikan sama sekali diharamkan daripada menghubungi pekerja selepas jam lapan malam sekiranya ianya diluluskan. Pengharaman adalah secara menyeluruh melibatkan telefon, aplikasi pemesejan, SMS dan media sosial.

Gangguan Melalui Aplikasi KaKaoTalk

Rang undang-undang ini telah dikemukakan kepada Parliment pada hari Rabu lepas, yang disaksikan oleh 12 ahli Parlimen. Pekerja kini menjadi lebih tertekakn kerana seringkali diganggu oleh majikan melalui aplikasi KaKaoTalk, sebuah aplikasi mesej di telefon pintar dimana populasinya sekitar 80% digunakan oleh pengguna dari Korea Selatan.

 Korea Selatan ialah antara negara dengan waktu bekerja tahunan paling panjang. Secara purata mereka harus bekerja sehingga 11 jam diuar waktu pejabat kerana terbeban dengan tugasan kerja akibat tekanan daripada majikan.

Nampaknya, negara yang terkenal dengan budaya yang workaholic ini nampaknya sudah mula merasai tekanan seperti mana yang kita sedang lalui sekarang. Sebelum ini Perancis juga melakukan perkara yang sama sebelum Korea. Bagi anda, wajarkan undang-undang sebegini di praktikkan? Atau ia patut dilakukan juga di Malaysia juga?