Angelina Jolie Kongsi 5 Nasihat Bernas Untuk Belia Yang Ingin Ubah Haluan Kerjaya
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Angelina Jolie Kongsi 5 Nasihat Bernas Untuk Belia Yang Ingin Ubah Haluan Kerjaya

post by Aisya

by Aisya

Jun 28, 2016
pada 5:11 AM

Tak terlambat untuk korang nak ceburi diri dalam kerjaya yang lain. Semuanya boleh dicapai asalkan korang percaya pada diri dan miliki segala yang diperlukan. Perkara ini boleh korang pelajari daripada Angelina Jolie, pelakon wanita yang memenangi Academy Award serta seorang aktivis dan duta United Nations High Commissioners for Refugees (UNHCR) dan juga seorang penerbit dan pengarah filem serta ibu kepada 6 orang anak. Wow!

Bayangkan bagaimana beliau boleh capai semua tu? Dan sekarang beliau juga dilantik sebagai seorang professor di London School of Economics. Hebat! Jadi bagaimana sebenarnya beliau mampu untuk menukar kerjaya dan capai cita-cita? Sekarang korang pun boleh juga jadi macam beliau asalkan korang berani untuk cuba 5 nasihat beliau yang amat berguna ni:

1. Jangan mula dari bawah

Sebaliknya, korang kena ambil inisiatif atau langkah bijak untuk isikan jurang antara kerjaya sekarang dan kerjaya yang korang rancangkan untuk masa depan. Angelina Jolie  tak jadi penerbit dan pengarah filem dalam masa sehari bukan? Apa yang beliau buat adalah perbaiki lakonan dan menunjukkan minat pada pembuatan filem sejak dari awal lagi. Jadi korang perlu cuba untuk bina asas dalam kerjaya korang sebagai jambatan untuk menyeberangi jurang tu. 

Kalau korang idamkan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, jadi mulakan dari awal. Cuba untuk kumpulkan sebanyak mana ilmu yang boleh, bina karakter yang sesuai dengan kerjaya yang diidamkan dan tunjukkan minat korang dalam bidang tersebut.

2. Aktif dalam amal kebajikan

Kalau korang banyak beri, nanti akan dapat pulangan yang lagi lumayan. Bukan hanya buatkan korang rasa best dan gembira tapi juga boleh melatih korang beberapa kemahiran berguna seperti cara untuk menyelesaikan masalah serta pengurusan masa. Kesemua skill ni bukan hanya boleh digunakan dalam kerja korang sekarang, tapi semua tempat boleh guna. Jadi ini salah satu skill yang orang kata amat penting. Seperti Angelina Jolie, beliau banyak menghabiskan masa dalam membuat amal kebajikan, aktivism dan mengumpul dana untuk mangsa-mangsa bencana. 

Beliau juga merupakan co-chair dalam Clinton Global Initiative's Education PArtnership for Children of Conflict. Beliau banyak menyalurkan bantuan dari segi ilmu serta bakat kepimpinan beliau. Golongan belia yang memohon kerja selalu cuba untuk menyakinkan majikan yang mereka sesuai untuk jawatan yang dimohon walaupun tiada sebarang pengalaman yang berkaitan. Okay begini, daripada ruang pengalaman korang kosong, isikan dengan segala kerja-kerja sukarela yang korang pernah masuk. Ini pun plus point tau bila nak mohon kerja.

3. Amalkan sikap "semua boleh dicapai"

Fikirkan secara meluas. Tak ada sesiapa yang boleh halang korang daripada mencapai segala yang korang inginkan. Seperti Angelina Jolie, beliau merupakan seorang professor selepas segala usaha amal kebajikan dan projek yang dia lakukan. Mesti korang macam terkejut macam mana seseorang daripada industri hiburan boleh masuk dalam bidang akademik dan amal kebajikan kan? Ini lah salah satu contoh yang korang pun boleh. 

Seperti contoh lain, seorang peguam menukar kerjaya kepada pengurus HR ataupun jadi seorang guru tadika apa-apa sahaja lah. Semuanya tak mustahil, asalkan korang percaya pada diri. Korang perlu belajar untuk menyakinkan bakal majikan yang korang mampu untuk menukar kerjaya lain walaupun sangat berbeza. Semuanya bergantung pada kerjaya yang benar-benar sesuai dengan diri korang dan majikan yang percaya pada pekerjanya.

4. Kerja korang tak menunjukkan siapa diri korang yang sebenar

Memang dah terbiasa untuk kaitkan peribadi diri dengan kerja  yang dijawat bukan? Macam kalau dia kerja sebagai jururawat, mesti karakter dia garang. Cuba untuk asingkan antara peribadi korang dan kerjaya sebab bila korang buat macam tu, korang menghadkan keupayaan diri. Cuba fikirkan yang korang mampu buat lebih daripada sekadar kerja korang tu. 

kalau korang perlukan inspirasi, cuba tengok Richard Branson ataupun gelandangan Steve Harvey yanng kini menjadi penghibur yang kaya raya. Inspirasi ada je dekat keliling korang, tak payah cari jauh-jauh. Hanya perlukan korang untuk sedar je.  

5. Fokus pada kehidupan peribadi

Jangan melampau fokus pada kerja sahaja. Ianya memang tak sihat dan boleh merosakkan sikap korang. Letak telefon tu jauh-jauh, tak perlu nak bawa balik kerja ke rumah dan luangkan masa berkualiti dengan keluarga. Cuba untuk seimbangkan antara kerja dan hidup peribadi. Sikap terlalu mementingkan kerja ni tak boleh bawa korang maju kehadapan tau. 

Masa berkualiti dengan keluarga sebenarnya boleh beikan korang kelebihan seperti pandai untuk uruskan masa, tahu erti tanggungjawab dan sebagainya. Sikap macam ini lah yang bos suka untnuk nak ambil bekerja sebab korang serba tahu semuanya. Dan korang juga tak akan ada masalah untuk 'lompat' ke kerjaya yang baru.