5 Cara Untuk Pulihkan Semula Hubungan Korang Dengan Bos
# Pengetahuan Pekerja

5 Cara Untuk Pulihkan Semula Hubungan Korang Dengan Bos

post by Aisya

by Aisya

Jun 29, 2016
pada 3:38 AM

Komunikasi ni memang memainkan peranan penting terhadap kerja korang sebab hari-hari korang kena berurusan dengan bos, rakan sekerja lain dan ramai lagi. Salah satu punca kenapa terjadinya salah faham dan pergaduhan kecil sebabkan komunikasi lah. Dan yang lagi serious bila masalah timbul dan korang cuba elakkan daripada menyelesaikannya sampai kan tak nak berrtegur sapa dengan orang yang terlibat dalam masalah tu. Itu lah kesalahan paling terbesar sekali.

Macam mana masalah nak selesai kalau tak nak langsung cuba untuk jernihkan keadaan bukan? Pernah tak korang rasakan yang musuh ketat paling utama dekat office ialah bos  korang sendiri? Haha.. pernah kan? Jadi apa je yang korang buatkan bila perkara tu berlaku? Selalunya pekerja akan lupakan hal tu, ataupun simpan je  dalam hati dan tak pernah nak bincangkan dengan bos sebab rasa acam tak ada guna dan risau. Iyelah, bos tu ada kuasa untuk nak pecat korang atau apa je kan?

Bagaimana nak pulihkan keadaan dengan bos ni? Tak kan lah nak selamanya kerja dengan perasaan menyampah dan berdendam. Bagi yang ada masalah tu boleh cuba ikut cara ni:

1. Korang ada hak untuk bersuara

Segala yang berlaku di office, kalau korang tak suka atau mahukan sesuatu yang lebih baik, semuanya bergantung pada korang. Itu hak korang sebagai pekerja untuk menyuarakan pendapat. Benda yang korang boleh ubah atau kawal adalah diri sendiri. Jadi fikir betul-betul apa  yang tak kena dan perbaiki. 

Bergerak seiring dengan majikan korang. Sejauh mana korang kenal bos korang tu? Waktu bila kah yang sesuai untuk nak berjumpa dan berbincang dengan mereka? Tanya pada bos korang cara bagaimanakah yag mereka gemar untuk bekerja dan siapakah pekerja yang mereka gemar dan boleh bekerja bersama. Bila  korang dah tahu siapa, ambil inisiatif untuk berjumpa  mereka dan belajar mengenai komunikasi dan cara yang bos tu suka serta  apa-apa info penting. 

Ingat korang mesti mahukan hubungan dengan bos di tempat kerja tu sihat dan jauh daripada apa-apa masalah bukan? Jadi belajar untuk kenali mereka.

2. Tanyakan soalan ini

Salah satu soalan terbaik yang korang boleh tanyakan adalah apa keutamaan mereka untuk minggu ni? Bila korang bertanyakan soalan ini, ini menunjukkan yang korang ambil berat untuk penuhi objektif tersebut. Sebagai pekerja, menajdi tanggungjawab korang untuk memupuk nilai murnni dan tunjukkan dalam sikap. Dengar dengan teliti bagaimana bos jawab persoalan itu dan ia  boleh tolong korang berikan keutamaan pada kerja yang tertentu serta bagi peluang utnuk korang menyuarakan pendapat jika perlu. Cara macam ni buatkan bos  korang lebih terbuka untuk menerima korang dan memberi sokongan sebab korang pun buat benda yang sama kan?

3. Jangan bersikap prejudis

Korang kena faham yang bos korang ada pelbagai tanggungjawab dan keutamaan lain yanng perlu diberikan di tempat kerja. Bukan hanya melayan karenah korang je. Diorang pun manusia biasa juga sama macam korang yang akan ada hari mood tak baik, dan ada harinya mood okay. Kalau bos korang nampak macam lalui hari yang susah je, jangan cuba untuk tambahkan lagi masalah dia. Cuba untuk tunjukkan simpati dan empati terrhadap situasi yang mereka lalui. 

4. Maklumkan konflik yang dihadapi

Salah satu cara untuk nak beritahu konflik yang dihadapi dengan bos adalah dengan maklumatkan pada bos mengenai kebimbangan korang tu dalam cara yang tidak mengundang amarah. Mackenzie, seorang penulis buku, pertama sekali apabila korang mahu berbincang tentang konflik yanng dihadapi, cuba untuk cari poin-poin positif daripada perbualan bos tersebut. Jangan gunakan perkataan "tapi"dalam perbualan sebab orang selalunya akan endahkan apa-apa sahaj yang korang katakan selepas ayat itu. Berlatih apa  yang korang nak katakan dengan jelas  dan kawal ton suara. Kekal tenang dan jangan menjerit.

5. Ubah sikap korang

Cara paling sihat untuk nak pulihkan balik hubungan dengan bos seperti dulu-kala, kadang-kadang perlukan korang untuk berubah. Masalah tidak akan selesai dalam masa sehari, dan memerlukan masa  untuk korang pulihkan. Cuba untuk jangan lihat pada sisi negatif seperti memberitahu yang korang tak suka, tak puas hati dengan bos. Sebaliknya cuba untuk cari jalan penyelesaian. Merungut tak dapat memulihkan apa-apa dan menunjukkan yang korang ni lemah dan tak professional.