5 Tips Apply Kerja Di LinkedIn Tahun 2023
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

5 Tips Apply Kerja Di LinkedIn Tahun 2023

post by Ani

by Ani

Oct 2, 2023
pada 8:49 AM

5 Tips Apply Kerja Di LinkedIn Tahun 2023

Jika anda ingin mencari pekerjaan melalui LinkedIn tetapi tidak tahu bagaimana, jangan risau sebab kalini kami akan berikan 5 tips untuk anda apply kerja di LinkedIn yang anda patut tahu.

Antara tips untuk memohon kerja di LinkedIn:

1. PROFIL

Ia mungkin terlihat remeh, tetapi sangat penting. Pastikan anda memuat naik gambar profil yang formal supaya kelihatan profesional. Isi maklumat peribadi anda dengan lengkap dan teratur. Pengalaman pendidikan dan latihan juga memainkan peranan penting, jadi JANGAN SKIP!

2. CAREER INTEREST

Setelah semua maklumat telah lengkap, ada bahagian di mana anda boleh memilih sama ada anda ingin recruiter mengetahui tahu yang korang ada career enhancement interest or tak. Jika anda mengaktifkannya (ON),recruiter akan mengetahui bahawa anda sedang mencari pekerjaan.

Kemudian, muat naik CV yang impressive. Secara tak langsung, recruiter dapat melihatnya, bahkan link network juga boleh melihatnya. Jadi, CV yang impressive memainkan peranan penting, dan apabila profil anda menarik, CV yang impressive akan meningkatkan peluang anda untuk menerima jemputan temuduga.

4. APPLY

LinkedIn akan mencadangkan pekerjaan yang sesuai dengan profil anda. Jadi, anda boleh melihat pekerjaan yang anda minati dan sesuai dengan profil anda. Tetapi ingatlah, persaingan sangat sengit dan anda boleh melihat berapa ramai orang yang memohon pekerjaan tersebut.

5. NETWORK

Ini adalah perkara yang paling penting! Jumlah kenalan memainkan peranan yang besar, setiap orang mempunyai jumlah kenalan yang berbeza. Ini bermakna untuk sampai ke tahap di mana pengambil pekerjaan akan menghubungi anda, anda perlu mempunyai BANYAK rangkaian kenalan. Jadi, hubungkan diri anda dengan sebanyak mungkin kenalan dan rakan sekerja.

Oleh itu, fokuslah dan tentukan jenis pekerjaan yang anda inginkan, lalu buat permohonan dengan cara yang betul. Nanti, anda akan berjaya mendapatkan jemputan temuduga dan tawaran pekerjaan. Semoga berjaya!

Btw, zaman sekarang korang dah tak perlu email satu persatu syarikat dah kalau korang nak mohon kerja. Korang boleh drop je resume dekat profil syarikat yang korang nak mohon tu. Korang hanya perlu taip nama syarikat yang korang nak kerja & drop resume di profil syarikat tersebut. Drop resume di sini.