Rayuan STR - Alasan Tidak Lulus Dan Membuat Permohonan Semula
# Trending Semasa

Rayuan STR - Alasan Tidak Lulus Dan Membuat Permohonan Semula

post by Ani

by Ani

Jun 23, 2023
pada 8:46 AM

Rayuan STR - Alasan Tidak Lulus Dan Membuat Permohonan Semula

Artikel kali ini kami akan kongsikan kepada anda mengenai rayuan STR - Alasan tidak lulus dan membuat permohonan semula. Mulai 26 Jun 2023, anda boleh memeriksa status kelulusan STR Fasa 3. Jika anda tidak lulus, anda berpeluang membuat rayuan mulai 3 hingga 31 Julai 2023. LHDN mengumumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 2 merujuk kepada penerima Fasa 1 yang telah disemak dengan data kematian pemohon dan pasangan hingga 28 Februari.

Ini bermakna permohonan baru dan kemaskini STR bagi mereka yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2 akan menerima bayaran pada Fasa 3 jika layak sebagai penerima STR.

Anda boleh menyemak alasan ketidaklulusan STR melalui menu > Semakan Status.

Tempoh Permohonan Rayuan STR 2023:

Anda boleh membuat rayuan secara dalam talian melalui laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/. Selain itu, anda juga boleh mengisi borang kertas secara manual di kaunter LHDNM.

Kaedah permohonan rayuan STR 2023 adalah seperti berikut:

1) Secara dalam talian.
2) Mengemukakan borang kertas ke pejabat LHDNM berdekatan.

Permohonan rayuan STR 2023 secara dalam talian hanya tersedia untuk pemohon yang berstatus Tidak Lulus tertentu sahaja.

Namun, perlu diingat bahawa rayuan tambahan tidak dibenarkan bagi permohonan lulus STR kategori Isi Rumah dengan jumlah kelulusan asas sebanyak RM2,500.

Perkhidmatan kaunter STR LHDNM juga dibuka untuk menerima permohonan rayuan STR 2023.

NOTA:

Anda boleh menggunakan Menu Log Masuk MySTR, sebuah kemudahan dalam talian, untuk mengemaskini permohonan dan menyemak STR 2023 bagi pemohon dengan rekod STR 2023.

Btw, zaman sekarang korang dah tak perlu email satu persatu syarikat dah kalau korang nak mohon kerja. Korang boleh drop je resume dekat profil syarikat yang korang nak mohon tu. Korang hanya perlu taip nama syarikat yang korang nak kerja & drop resume di profil syarikat tersebut. Drop resume di sini.