Jumaat Ini Diumumkan Cuti Kalau Raya Jatuh Pada 6 Julai
# Trending Semasa

Jumaat Ini Diumumkan Cuti Kalau Raya Jatuh Pada 6 Julai

post by Aisya

by Aisya

Jun 29, 2016
pada 5:08 AM

Kalau sebelum ni masing-masing bertanyakan Jumaat ni cuti raya ke? Tak kan lah nak balik office sehari je, lepas tu cuti balik hujung minggu tu kan? Alang-alang bagi je lah cuti terus. Huhu.. Jadi selepas perbincangan oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam ( CUEPACS) dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, keputusan muktamadnya adalah kesemua penjawat awam diberikan cuti jika Hari raya jatuh pada 6 haribulan Julai iaitu pada hari Rabu. Kalau raya jatuh pada hari Selasa, Jumaat tu masih kena pergi kerja ye. 

Jumaat cuti kalau raya jatuh pada hari Rabu

Jadi segala keraguan dan tak pasti tu sudah terjawab dan ingat ye, pengumuman ni hanya  pada penjawat awam. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa telah memberikan kenyataan ini kepada media dan diharapkan kepada sesiapa yang mahu membuat sebarang urusan di pejabat-pejabat kerajaan diminta untuk selesaikan paling lambat hari Selasa ini kerana khuatir Jumaat bakal cuti.

*Sumber: Berita Harian