"Kongsilah Apa Yang Ada. Berkat!" Lelaki Ini Ajar Korang Cara Untuk Ikhlaskan Hati Raya Ni
# Trending Semasa

"Kongsilah Apa Yang Ada. Berkat!" Lelaki Ini Ajar Korang Cara Untuk Ikhlaskan Hati Raya Ni

post by Aisya

by Aisya

Jun 30, 2016
pada 3:34 AM

Memandangkan hari ni dah hari Jumaat, ada yang dah siap-sedia bag dalam kereta nak balik kampung kan? Iye lah bos bagi cuti seminggu. Raya ni lah masa untuk nak berjumpa  balik dengan kaum keluarga yang dah lama tak jumpa, buat mereka yang duduk jauh dan susah untuk balik ke kampung. Jadi seeloknya waktu raya ni jangan lah pula ada pertengkaran dengan adik-beradik. Tak manis lah, sebab orang raya nak gembira bergelak-tawa, ni pula baru pagi raya dah angkut bag masuk dalam kereta sebabkan salah faham kecil je. 

Lelaki ni dengan murah hatinya berkongsi tips berguna buat mereka dalam menyambut perayaan raya ni. Khairul Hakimin Muhammad menasihatkan netizen yang bila dah berkeluarga ni ada banyak hati yang korang perlu jaga. 

"Kau kena faham yang emak bapa kau memang sedang tunggu kau balik"

Bila balik ke kampung ni sudah tentu lah jalan sesak sampaikan berjam-jam nak sampai. Badan pun penat tersangkut dalam jam tak bergerak-gerak. Anak-anak pun sama dah rasa rimas duduk dalam kereta. Bila dah sampai rumah nanti tentu lah nak rehat kan? Tapi waktu itu la pulak anak-anak merengek dan korang dah tak larat nak layan dan mula lah drama pagi raya. Korang kena ingat mak ayah memang menanti korang sampai, nak berborak-borak mesra. 

Jadi apa yang korang boleh buat, sebelum sampai kampung tu, singgah kejap dekat mana-mana R&R, rehatkan diri dulu biar segar. Hati mak ayah kena jaga. Buatkan diorang senyum dan layankan karenah mereka. Jangan lah nak main handphone 24 jam je. Kalau macam tu baik tak payah balik beraya, buat hati diorang sedih je.

"Bila balik raya ni, isteri kau akan tetiba ada banyak jawatan"

Waktu raya ni lah yang menguji kaum wanita sekalian. Masa ini lah nak melayan karenah anak-anak pagi-pagi dah nak mandikan, siapkan baju makan semua. Dan waktu itu lah suami pun bertanya  mana baju melayu dia, tolong iron kan samping, songkok ada bawa ke. Cuba lah bersabar dan sama-sama uruskan hal anak-anak. Sebab korang kena faham, kaum wanita ni pada masa yang sama kena membantu mak mertua dia di dapur. Kalau tak tolong nanti adik-beradik yang lain mengata pula, berat tulang. 

"Sepesen lagi, bab berhadapan dengan adik-beradik pemalas ya ampun"

Adik-beradik mana yang tak bergaduh kan? Tapi sekarang ni bila semua dah besar panjang, siap dah ada keluarga masing-masing lagi tak kan lah benda kecil pun nak ambil hati. Jangan kedekut balik raya ni, kalau keluar ke pasar ke dengan anak-anak, bawak balik ice-cream ingat untuk belikan sekali untuk anak-anak kakak atau abang ke. Apa lah sangat setakat belanja ice-cream setahun sekali. Kalau korang adik beradik ramai, anak buah pun berpuluh-puluh harap bersabar lah ye. Huhu.. jangan kedekut.

Ha.. ini satu lagi, bila ada adik beradik yang susah nak tolong orang. Waktu buat open house sedikit pun tak nak tolong anngkat kan pinggan kotor atau layan tetamu. Apa yang dia buat baring depan TV je layan drama raya. Hmm.. Tak baik lah buat macam tu, sebab kena lah sama-sama saling membantu. Tapi cara terbaik untuk nak tangani masalah ni, korang diam je. Jangan nak mengamuk. Tunjukkan yang korang tu rajin dan sedia membantu. Ingat, korang bantu demi mak ayah korang, tolong diorang tu yang dah tak berapa sihat. Jadi anak yang baik.

Kepada sesiapa yang dah mulakan perjalanan balik ke kampung tu, semoga segalanya selamat dan lancar. Ingat tau pesanan raya ni!