Biskut Lidah Kucing Pelangi Dan Banyak Lagi Nama Kuih Moden Yang Pelik Tapi Sedap
# Trending Semasa

Biskut Lidah Kucing Pelangi Dan Banyak Lagi Nama Kuih Moden Yang Pelik Tapi Sedap

post by Aisya

by Aisya

Jul 1, 2016
pada 9:28 AM

Bila cakap pasal kuih ni mesti terbayang uih raya yang wajib ada setiap tahun. Kuih kegemaran ramai mesti lah kuih cornflakes kan? Kuih tart nenas, almond london semuanya wajib kena ada. Tapi bila zaman dah makin berubah ni, kuih-kuih tradisional makin dilupakan dan digantikan dengan kuih moden. Kalau ada pun kuih tradisional nama dah jadi lain. Haha.. ala-ala fusion lah. 

Raya tahun ni cuba korang pergi ke rumah beraya dan tengok kuih apa yang tuuan rumah hidangkan. Walaupun kuih tu nampak biasa je, nama dia mesti gempak. Ni ada beberapa nama kuih yang moden pelik tapi sedap:

1.Biskut lidah kucing pelangi

Nama pun dah pelik kan? Kenapa nama dia lidah kucing? Haha.. Tapi sebenarnya biskut ni terkenal la juga di kalangan budak-budak sebab berwarnna-warni. Kalau sebut je biskut rainbow mesti budak-budak angguk dan cakap tahu. Cumanya dalam bahasa melayunya dipanggil lidah kucing pelangi. Saja je. Biskut ni nipis dan permintaan agak tinggi juga bila dah menjelang raya ni. Kalau dapat satu balang, tak sampai setengah jam je dah habis. 

2. Biskut tembikai merah

Ni kalau ada rumah yang hidang biskut ni mesti ramai yang sibuk nak ambil gambar lepas tu letak dalam Facebook sebab unik kan bentuk dia? Biskut tembikai merah, nama dia memang kena lah dengan rupa sebijik macam tembikai yang dah dipotong cuma dalam saiz mini je. Comel betul biskut ni. Kalau tengokkan rupa dia, mesti susah juga nak buat ni, kena teliti dan ambil masa. 

3. Agar-agar kering gulung

Ingat lagi tak kalau masa kecil-kecil dulu bila pergi beraya di rumah kampung mesti ada agar-agar kering yng berwarna warni kan? Ingat tak? Haaaa.. sekarang ni dah moden sikit, diorang tak buat dalam bentuk petak-petak lagi, tapi dalam bentuk macam ni. Ini kuih tradisional yang diberi nafas baru la sikit. Agar-agar gulung, rasanya mungkin masih sama. Siapa dah pernah cuba biskut ni?

4. Biskut candy crush

Siapa yang cipta biskut ni mesti peminat tegar Candy Crush. Waktu popular permainan ni, semua orang wajib download dalam handphone dan berlawan siapa  yang level paling tinggi. Perasaan tak dalam game tu ada bentuk bebola yang berwarna warni macam ni? Haaa diinspirasi daripada situ lah. Biskut candy crush, sekali korang makan mungkin dia boleh kasi effect meletup-letup dalam mulut. Haha..

5. Kuih kapit strawberry

Kuih kapit ni popular betul sebab ini lah salah satu kuih tradisional yang masih lagi dipopularkan. Kalau dulu kuih kapit ni ksoong je tak ada inti, tapi orang sekarang ni dia maju terlebih, ada kuih kapit yang berintikan strawberry, peanut butter dan coklat. Hmm.. dengar pun macam sedapkan? Kuih kapit ni sebenarnya nipis sahaja dan sangat rangup. Kalau sebelum ni dia rasa manis-manis kosong macam tu je, sekarang dah ada la sedikit perisa. Macam-macam idea orang sekarang ni kan?