Korang Rasa Guna Drone Tu Dah Paling Hebat? Ni Ada Cara Lagi Untuk Ambil Gambar Raya
# Trending Semasa

Korang Rasa Guna Drone Tu Dah Paling Hebat? Ni Ada Cara Lagi Untuk Ambil Gambar Raya

post by Aisya

by Aisya

Jul 4, 2016
pada 1:53 PM

Dah smart-smart pakai baju raya siap bersamping lagi, mesti lah nak ambil gambar raya gempak. Pakai samping bukan selalu kan? Dan untuk para wanita pula, dah elok pakai tudung cantik-cantik selfie wajib cantik. Nak update dalam Instagram mana boleh gambar buruk.. Hehe.. Kalau korang rasa selama ni gambar korang dah cukup cantik dah, ternyata korang salah. Selagi korang tak buat cara ni, korang memang tak pro lagi. 

1. Aerial DIY

Korang tak perlu nak laburkan duit beratus-ratus untuk beli drone. Ada cara mudah untuk korang nak tangkap gambar sama macam korang guna drone tapi yang penting murah dan jimat. Hehe.. Nak tahu macam mana? Korang perlukan belon, gas helium, tai pancing, dan wireless remote untuk handphone.

Caranya cuma isikan belon dengan gas helium dan sangut pada handphone. Eh jangan risau, handphone korang tak akan terbang lari punya sebab korang dah ikatkan pada tali pancing. Jadi kawal ketinggian yang korang nak dan gunakan wireless remote untuk ambil gambar. Haa tunjuk sikit dekat geng drone ynag korang punya drone lagi hebat. Haha..

2 Gunakan cermin mata hitam untuk filter menarik

Waktu raya ni memang cuaca panas sikit. Bila na ambil gambar ramai-ramai dekat luar, kadang-kadang langsung tak nampak muka sebab terlampau terang. Jadi macam mana nak elakkan tu berlaku? Senang je, korang gunakan cermin mata hitam korang yang style tu sebagai filter. Letakkan di depan kamera untuk nak bagi effect yang sedikit lembut. 

3. 3D frame

Bosan lah kalau ambil gambar raya keluarga semua berdiri statik je. Cuba lah buat sesuatu yang unik dan lain sikit. Kalau freestyle tu pun korang dah tak ada idea nak buat lagak apa? Apa kata korang cuba gunakan frame gambar pula. Gunakan frame gambra yang besar, boleh jadi dibuat daripada kadboard dan masing-masing berhimpit dalam frame tu. Hasilnya memang nampak cantik dan macam korang tu ambil gambar 3D je.

4. Gunakan gambar yang lucu

Kalau selfie tu dah biasa dan Instagram mesti penuh dengan gambar yang sama je, jadi apa kata korang cuba ubah dan buat kelainan sikit. Gunakan mugshot dan tutp mulut korang dengan menggunakan gambar mulut yang pelik dan lawak. Atau pun korang boleh gunakan gambar mata dan sebagainya. Mesti gambar korang nanti yang paling unik dan popular dekat Instagram. Lagi best kalau korang guna gambar haiwan macam kucing ke. Best kan!

Jadi ada plan nak tangkap gambar macam mana raya ni? Jangan jadi macam ni sudah. gambar dia je yang masuk. Haha