Terapkan 9 Cara Ini Kalau Korang Nak Digemari Rakan Sekerja
# Pengetahuan Pekerja

Terapkan 9 Cara Ini Kalau Korang Nak Digemari Rakan Sekerja

post by Khair

by Khair

Jul 8, 2016
pada 5:15 AM

Menjadi seorang yang digemari ramai adalah satu bonus yang korang tak patut sia-siakan tak kira sama ada di tempat kerja atau dalam kalangan rakan-rakan korang sendiri. Tapi tak semua orang rasa mudah untuk menjadi favourite person, jadi kat sini ada 9 cara terbaik yang korang boleh buat!

1. Terapkan Rasa Hormat Dalam Diri Korang

Untuk menjadi seorang yang digemari oleh semua rakan-rakan dan boss korang sendiri, sikap hormat-menghormati adalah kunci utama. Tidak kira pangkat dan kedudukan jika korang tahu untuk menghormati orang lain korang pasti akan disenangi oleh semua pihak. Ingat! Sikap menganggap diri lebih baik atau bangga dengan pangkat bukanlah sifat yang disukai ramai.

 

2. Mengikut Peraturan Platinum 

Segelintir daripada pekerja mengikut Golden Rules di mana mereka mahu dilayan seperti mana mereka melayan orang lain. Tetapi cara ini tidak lagi praktikal. Jadi Platinum Rules adalah ganti terbaik di mana kita perlu melayan rakan sekerja di sekeliling seperti mana mereka mahu dilayan. Kita perlu bijak membaca fikiran dan tingkah laku orang lain untuk kita mengubah cara dan sikap kita terhadap mereka. Ini dapat membuat rakan-rakan berasa lebih selesa dengan diri kita.

 

3. Dengar Dengan Teliti Walaupun Hanya Perbualan Biasa

Orang yang digemari adalah mereka yang sentiasa peka dalam pelbagai aspek termasuklah ketika dalam perbualan kecil (topik biasa). Tunjukkan minat korang untuk mendengar dalam apa jua yang dibincangkan, ia bagi memudahkan kita membina talian dalam percakapan termasukkah suka bertanya soalan dan mengaitkan dengan kehidupan harian.

 

4. Fokus Kepada Orang Sekeliling

Apa perasaan korang kalau dipulaukan oleh rakan sekerja? Itu membuatkan kita rasa tidak selesa bukan. Untuk menjadi orang yg digemari korang harus mempunyai sikap yang terbuka dalam berhadapan dengan pelbagai ragam orang di sekeliling. Korang patut cuba untuk berlekang seketika dengan telefon pintar dan fokus kepada mereka. Fokuskan kepada apa yang diperkatakan kepada anda dan cuba berikan respon yang terbaik!

 

5. Jangan Terlalu Mencuba!

Sikap yang terlalu mencuba membuatkan korang kelihatan seperti sedang berpura-pura. Jadi korang harus ada minat yang sebenar dalam mengambil hati orang sekeliling. Senyuman yang tidak ikhlas tak mungkin akan dihargai oleh orang lain. Dalam perbualan pula, korang tak patut untuk berbangga diri tetapi jadilah seorang yang setia mendengar  dan merendah diri. 

 

6. Kenali Perbezaan Antara Pendapat Dan Fakta

Untuk korang menjadi pekerja yang digemari korang mestilah pandai memebezakan antara fakta dan pendapat lebih-lebih lagi mengenai isu-isu sensatif dan kontoversi supaya korang tak tersalah dalam menyusun kata-kata. Ingat terlajak perahu boleh berundur terlajak kata buruk padahnya!

 

7. Besikap Jujur 

Bila korang bersikap jujur dalam kehidupan seharian, rakan sekeliling akan senang dan mudah percayakan korang. Tapi kalau korang seorang yang kaki temberang korang mungkin akan menghadapi masalh besar di tempat kerja dan juga degan rakan-rakan sendiri!

 

8. Mempunyai Integriti

Orang yang mempunyai integriti  yang tinggi akan sentiasa digemari sebab mereka bukan hanya bercakap kosong tetapi melakukan apa yang telah mereka janji dan katakan. Integriti bukanlah satu sikap yang mudah untuk dipraktikkan kerana korang perlu menjaga tingkah laku daripada berkata buruk mengenai orang lain dan juga sentiasa melakukan perkara yang betul biarpun agak payah.

 

9. Senyum

Body language atau bahasa tubuh adalah elemen penting dalam meraih hubungan yang baik antara korang dan rakan sekerja. Kalau korang nak menjadi orang yang disenangi korang patut senyum ketika berbual kerana secara tidak langsung rakan-rakan korang akan tersenyum juga!