Pesaing Ditengking Majikan Waktu Temuduga, Ini 10 Nasihat Daripada  Pengurus Syarikat MNC
# Pengetahuan Interview # Trending Semasa

Pesaing Ditengking Majikan Waktu Temuduga, Ini 10 Nasihat Daripada Pengurus Syarikat MNC

post by Aisya

by Aisya

Jul 11, 2016
pada 2:41 AM

Banyak cerita yang dengar graduan sekarang ni susah betul nak dapatkan kerja. Walaupun ada yang dah dipanggil untuk temu duga, tapi lepas habis je interview, langsung tak dengar sebarang khabar berita. Jadi di mana salahnya? Graduan makin ramai, dan persaingan makan sengit, sampai bila nak menganggur duduk di rumah saja-saja?

Seorang pekerja di sebuah syarikat MNC berkongsi pengalamannya sewaktu menghadiri temuduga di sebuah syarikat MNC yang mempunyai HQ di London, UK. Company besar ni, jadi kesemua calon bukan main-main. Nukilan beliau ni ikhlas untuk nak memberi sedikit gambaran pada graduan di luar sana bagaimana susahnya untuk mencari kerja, dan bekerja. 

Sama-sama dapat panggilan temuduga dengan kawan

Beliau mulakan pencarian kerja kosong ni sejak di semester akhir lagi, jadi ini memang sesuatu yang perlu dicontohi oleh graduan sekarang. Sebabnya, kita tak akan tahu berapa lama process yang diambil untuk mendapat kerja. Kalau 1-2 selepas tamat belajar baru mencari, bayangkan kalau tiada sebarang panggilan daripada kerja yang dimohon? Korang semua yang masih menuntut di tahun terakhir, ambil tahu jika ada career event yang berlangsung di kampus korang. Ambil sebanyak mana borang dan mohon.

Dan mungkin rezeki berpihak pada mereka, beliau dan kawannya sama-sama mendapat panggilan untuk temuduga tetapi berlainan hari. Dalam hati dah terbayang alangkah bestnya kalau kerja sama-sama.

"You keep saying the same things over and over but  you're not answering my questions!"

Menakutkan betul tengah tunggu giliran untuk ditemu duga boleh pula terdengar calon lain kena marah dengan Pengurus. Siapa yang tak kecut perut? tapi kalau difikir logik akal, pengurus tak akan sewenang-wenangnya menengkin calon tanpa alasan yang kukuh. Dan berdasarkan apa yang diceritakan, calon ini ada masalah untuk menjawab segala pertanyaan yang disoal.

"Alamak, janganlah dia bad mood dengan saya pulak"

Selepas mendengar adegan ditengkin itu, terus pengurus masuk ke dalam bilik menunggu dan menemu duga beliau. Ketar lutut bila dah dengar dia garang dan jerit dekat calon. Masa ni, mula lah terfikir mungkin dia tengah mood tak baik, sekali dengan semua calon kena tempias nanti. Tapi yang bagusnya, pengurus tu masuk je dalam bilik menunggu tersenyum dan lagak professional seperti tak ada apa pernah berlaku.

Selepas sebulan menunggu Alhamdullilah dapat panggilan untuk bekerja..

Sebulan juga menunggu panggilan daraipada pihak company sama ada layak atau tidak. Dan nasib menyebelahi beliau, berjaya untuk mendapatan kerrja yang dimohon tapi malang bagi kawannya. Mungkin tiada rezeki. Begini lah budaya bekerja di syarikat international, berbilang kaum dan melayu sedikit sahaja. Korang kena faham, Bahasa Inggeris ni penting, dan tengok macam dalam kes ni, mereka bertutur 100% dalam Bahasa Inggeris.

"Saya ambil masa dua tahun untuk naik pangkat"

Bukan senang untuk terus mendaki ke puncak kerjaya. Beliau ceritakan ambil masa selama dua tahun untuk nak naik panngkat. Itu pun sama seperti mohon kerja dulu, kena lalui tiga tahap iaitu tahap pertama tulis karangan, tahap kedua buat presentation dna tahap ketiga baru lah interview dengan dua orang Pengurus.  

Cerita ni bukan untuk nak lemahkan korang, tapi sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya dan jangan berputus asa. Lihat lah, bagaimana seorang melayu ini ditawarkan kenaikkan pangkat dimana yang lainnya adalah kaum lain. Memang perlukan dedikasi dan usaha yang tinggi.

Bos percaya dan suruh untuk cuba mohon jawatan Pengurus

Nak kerja besar, gaji pun lumayan memang perlukan pengorbanan. Kalau kena cuit sikit je, bos suruh OT siapkan kerja pun dah buat muka bagaimana bos nak percaya yang korang tu mampu untuk nak pikul tanggungjawab yang lebih besar kan? Serahkan semuanya pada Allah dan yakin akan rezekiNya. Lepas beberapa tahun, bos sendiri datang dan beritahu pada beliau untuk cuba mohon jawatan Pengurus. Itu maksudnya yang beliau memang betul-betul dipercayai dan layak. 

Jalan untuk berjaya bukan mudah

Bagi mereka yang ingat naik pangkat tu senang macam harini bos bagitau naik pangkat esok terus start memang salah lah. Mana ada macam tu. Pihak company perlu tahu yang korang ini betul-betul layak atau tidak. Jawatan yang ditawarkan bukannay kecil, Pengurus kot. Jadi situasinya sama sahaja macam memohon utuk kerja dulu, cumanya lebih sukar. Ini beliau dah senaraikan apa isi-isi penting untuk melalui interview secara berkumpulan ni. Hmm memang susah.

"Alhamdulillah saya dapat jawatan tersebut"

Siapa sangka, lepas habis je interview untuk jawatan Pengurus tu walaupun rasa macam tak layak dan langsung tak bersedia rupanya berjaya diterima. Dari dulunya pekerja biasa, menjadi eksekutif dan kemudian Pengurus. Semuanya ambil masa dan bila dah pegang jawatan ni, beliau pula kena interview calon graduan pula. 

Sudah ramai calon yang interview dan ini yang dapat disimpulkan

Haa.. korang semua take note 10 perkara ni. Amat penting tau untuk nak lalui temuduga nanti. Ini lah antara sebab mengapa graduan yang memohon kerja tak pernah nak tersangkut pun satu kerja sebab kesalahan-kesalahan ni yang tak diterima Pengurus. Bagi siapa yang mencuba untuk mohon di syarikat MNC boleh cuba gunakan pengalaman ini sebagai panduan okay?

*Sumber: IIUMC