Sesetengah pekerja menghadapi tekanan emosi secara luaran dan dalaman ketika cuba membahagikan masa antara kerja dan kehidupan. Dalam keadaan dunia pada hari ini kejayaan dalam kerjaya adalah segala-galanya membuatkan keseimbangan antara kerja dan kehidupan tidak dapat dicapai. Tambahan pula, kecanggihan teknologi hari ini membuatkan kita lebih mudah untuk melihat kerja-kerja di pejabat hanya melaui tablet dengan kemudahan internet di mana-mana kita berada.






