

by Ani
Kalau awak baru habis SPM, mesti pernah rasa macam... “Nak kerja apa ya? Semua nak pengalaman!” Rasa down bila tengok kawan dah kerja, tapi awak masih scroll kerja kosong hari-hari. Jangan risau, awak bukan seorang.
Ramai lepasan SPM kat Malaysia sebenarnya masih blur nak mula dari mana. Tapi yang ramai tak tahu, tahun 2026 ni peluang kerja untuk lepasan SPM makin terbuka luas. Banyak sektor tengah cari tenaga muda cuma ramai tak tahu kat mana nak cari dan macam mana nak mula.
Dalam artikel ni, kita akan bongkarkan:
Kalau ikut trend semasa, kerja lepasan SPM tak lagi terhad pada kilang atau cashier je. Sekarang banyak peluang kerja entry-level yang fleksibel dan gaji menarik, sesuai untuk pelajar baru habis sekolah.
Kerja ni antara paling popular sebab tak perlukan ijazah. Awak cuma perlu tahu asas komputer, pandai urus dokumen, dan boleh berkomunikasi dengan baik.
Gaji permulaan: RM1,800 – RM2,200
Kelebihan: Waktu kerja ofis, peluang naik pangkat ke jawatan eksekutif bila dah ada pengalaman.
Sesuai untuk awak yang suka suasana kerja santai dan teamwork. Banyak jenama besar macam McDonald’s, Tealive, dan Starbucks sediakan latihan lengkap.
Gaji permulaan: RM1,700 – RM2,000 + Elaun + OT
Bonus: Ada diskaun makanan dan peluang naik jadi supervisor cepat.
Kalau awak peramah dan suka berinteraksi dengan orang, kerja ni memang seronok. Banyak kedai pakaian, telefon dan farmasi buka peluang untuk lepasan SPM.
Gaji permulaan: RM1,800 – RM2,300 (boleh cecah RM3,000 dengan komisen)
Bonus: Latihan komunikasi dan jualan yang boleh bantu kerjaya jangka panjang.
Untuk yang suka kerja tangan atau mekanikal, banyak kilang & syarikat pengeluaran tawarkan kerja operator lepasan SPM.
Gaji permulaan: RM1,900 – RM2,500 + OT
Kelebihan: Disediakan latihan teknikal & sijil kemahiran dalaman (boleh upgrade kerjaya).
Ramai tak tahu, kerja customer service pun terbuka untuk lepasan SPM. Asalkan awak boleh cakap dengan sopan & tahu guna komputer, boleh try.
Gaji permulaan: RM2,000 – RM2,800
Kelebihan: Ada peluang kerja hybrid atau remote tak perlu ke ofis setiap hari.
Baca Juga: Contoh Resume Lepasan SPM Tanpa Pengalaman [Format Terkini]
Tak macam dulu, sekarang majikan dah mula tawarkan gaji lebih kompetitif sebab banyak syarikat kekurangan tenaga muda. Untuk tahun 2025, purata gaji lepasan SPM kat Malaysia berada antara RM1,800 hingga RM2,500, bergantung pada lokasi dan sektor.
Selain gaji asas, ramai majikan bagi elaun makan, OT, insurans & EPF/SOCSO, jadi jangan pandang rendah kerja entry level. Yang penting, rajin belajar & ambil peluang tambah skill. Ramai orang bermula dengan gaji RM1,800 tapi naik sampai RM4,000 dalam masa dua tahun sebab kerja keras dan tak berhenti belajar.
Ini soalan paling ramai tanya. Sebenarnya, majikan tak selalu cari pengalaman, mereka cari sikap dan kesungguhan.
Walaupun tak ada pengalaman, awak boleh highlight:
Nak senang? Awak boleh guna ATS Resume Checker dekat Maukerja. Sistem ni bantu semak sama ada resume awak mesra sistem majikan atau tak.
2. Tunjuk Minat & Disiplin Masa Interview
Ramai majikan lebih suka calon yang “ada attitude”. Contoh jawapan bila ditanya kenapa nak kerja:
Itu dah cukup buat mereka nampak awak serius.
Daripada scroll media sosial, guna platform kerja rasmi macam Maukerja, sebab di situ memang ada ribuan kerja lepasan SPM yang aktif dan sahih. Boleh tapis ikut lokasi, gaji dan jenis kerja yang awak nak.
Ramai lepasan SPM masih struggle cari kerja sebab tak tahu mana nak mula sedangkan peluang depan mata! Apa kata awak cari je kerja di portal Maukerja. Tak kisah awak nak kerja retail, kilang, ofis atau customer service semuanya ada! Mohon je di sini untuk tengok senarai kerja kosong yang awak minat nak mohon.
Kebanyakan kerja lepasan SPM hanya perlukan sijil SPM dan boleh berkomunikasi dengan baik. Sesetengah majikan juga sediakan latihan, jadi pengalaman tak wajib.
Ya, boleh. Banyak jawatan kerajaan kategori sokongan seperti pembantu tadbir, pemandu dan pembantu operasi dibuka untuk lepasan SPM. Tapi perlu lulus tapisan SPA.
Fokus pada kemahiran dan aktiviti sekolah. Contohnya kepimpinan, komunikasi, atau kerja sukarelawan. Boleh guna template percuma di Maukerja untuk bantu.
Kerja retail, F&B, dan customer service biasanya cepat naik pangkat sebab ada sistem latihan dalaman. Rajin & disiplin antara faktor utama majikan nilai.
Ya, sesetengah syarikat tawarkan kerja remote untuk tugas seperti chat support atau data entry. Asalkan ada komputer dan internet stabil, awak boleh mula kerja dari rumah.