5 Tanda Yang Korang Ni Sebenarnya Hidup Untuk Kerja
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

5 Tanda Yang Korang Ni Sebenarnya Hidup Untuk Kerja

post by Khair

by Khair

Jul 11, 2016
pada 3:14 AM

Kesukaran dalam mendapatkan kerja pada hari ini membuatkan banyak pekerja sanggup berhabisan masa dalam melaksanakan tugasan kerja. Hal ini kerana mereka takut akan kehilangan kerja atau dibuang majikan sehingga boleh menyebabkan mereka kehilangan sumber pendapatan. 

Namun sikap berlebih-lebihan dalam pekerjaan mendatangkan banyak kesan negatif terhadap diri sendiri. Terdapat 5 tanda-tanda yang korang ini hidup untuk kerja : 

1. Waktu Kerja Korang Lebih Lama Daripada Rakan-Rakan

Sikap berlebih-lebih dalam pekerjaan adalah petanda jelas yang korangmemang workaholic. Antara ciri-cirinyanya ialah korang sentiasa datang awal ke tempat kerja dan korang  juga adalah orang terakhir yang meninggalkan pejabat. Mungkin segelintir bertindak demikian untuk mengambil hati majikan atau mencari perhatian, tapi korang harus ingat bahawa korang juga ada hak untuk diri sendiri. 

Petanda lain ialah korang suka buat kerja overtime. Walaupun ramai pekerja yang suka buat kerja lebih masa adalah untuk cari duit lebih tetapi korang kena beringat akan tanggungjawab lain yang korang ada seperti keluarga. Kajian mendapati bahawa kerja lebih masa tidak mendatangkan sebarang kerja yang produktif tetapi dengan rehat yang cukup korang mampu melakukan kerja dengan lebih efisien.

2. Kerja Tanpa Henti

Apabila korang terlalu terus menerus melakukan kerja tanpa henti membuatkan korang memang antara mereka yang terlebih bekerja. Ingat! Melakukan kerja mengikut prioriti adalah cara yang terbaik dan ia membuatkan pengurusan masa korang lebih tersusun.

Akan tetapi korang juga harus ingat untuk tidak menangguh-nangguhkan kerja kerana hal ini membuatkan korang terpaksa bersengkang mata untuk menyiapkan kerja tersebut di kemudian hari. 

3. Korang Berasa Tak Bermaya

Berhadapan dengan komputer berjam-jam di pejabat membuatkan sistem kesihatan badan korang mula menurun. Mata dan sistem saraf di badan korang mula menunjukkan reaksi yang lemah setelah penat melakukan kerja.

Jadi jika korang selalu menghadapi rasa sakit-sakit korang patut berehat sebentar dan menyambung kerja setelah berasa lega. Ini dapat membuatkan diri korang lebih produktif dan kerja akan lebih berkualiti!

4. Hubungan Dengan Mereka Yang Tersayang Mula Renggang

Kesibukan dalam bekerja membuatkan korang terlepas pandang dengan perkara-perkara penting yang patut diutamakan juga. Jika korang terlalu sibuk dengan kerja, korang mungkin ada kecenderungan untuk lupa tentang pasangan yang mungkin memerlukan perhatian korang.

Awas! Kalau korang terlupa akan tarikh-tarikh penting seperti ulang tahun perkahwinan dan hari jadi si pasangan tentulah hubungan korang akan mula mengalami keretakan. 

5.  Menganggap Diri Sendiri Penyumbang Kejayaan

Sesetengah daripada pekerja telah bekerja secara berlebih-lebihan kerana mereka percaya bahawa diri merekalah penyumbang di atas segala kejayaan yang dicapai oleh syarikat.

Korang patut bijak menilai bahawa dalam menjayakan sesuatu projek syarikat korang perlu mengamalkan sikap bekerjasama dengan rakan sekerja dan bukan hanya korang sahaja yang melaksanakan misi bersendirian.

Jika korang masih mengekalkan sikap ini dan merasakan diri sendiri seorang yang hebat dan banyak menyumbang kepada kejayaan syarikat, mengapa tak sendiri?